Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

Tutong Writer's Group Answer Call For The Literature Advocacy.

Imej
The Director of Language and Literature Bureau, Dr Mataim Bakar, was present as the chief guest at the commencement of a three-day Literature Writing Workshop organised by the Tutong Writers Group with the cooperation of the Language and Literature Bureau.
Before officially opening the workshop, Dr Mataim delivered a speech in which he said that the effort to carry out the workshop is an effort that should be praised as the writers group from the Tutong District have come forward to answer the call made by the Language and Literature Bureau to together help make literature project in the country a success.
Workshop participants will be able to gain knowledge in the world of writing, which is very important as the core to produce a work of art that has a high thinking quality that could contribute to the development of the country.
This is proven in the material written by Al-Marhum Pengiran Shahbandar Mohammad Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda about an incident that happened upfront, as…

Penulis Disaran Bentuk Masyarakat Matang Dan Sihat.

Imej
TUTONG, Jumaat - Penulis disarankan untuk menulis perkara yang lebih besar dan bukannya perkara kecil yang remeh seperti memperkatakan soal cinta sesama manusia sebaliknya mengenai cinta kepada negara, bangsa dan keamanan dunia.
Penulisan berbentuk pengajaran perlu dikemukakan penulis supaya pembaca dapat merubah pemikiran mereka dan secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat yang berfikiran matang dan sihat, kata Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Mataim Bakar ketika merasmikan Bengkel Penulisan Sastera hari ini.
Katanya, sastera mampu merubah pola kehidupan dan pola pemikiran masyarakat kepada yang lebih baik kerana sastera mempunyai nilai estetika yang boleh mempengaruhi pembaca.
Kekuatan estetika dalam sastera juga mampu memacu gerak masyarakat daripada pasif kepada lebih proaktif, yang statik kepada lebih dinamik, pemikiran sempit kepada global dan konservatif kepada kualitatif, katanya lagi. Beliau turut menyentuh mengenai kematangan pemikiran pengarang Syair Rakis Almar…

Dapatkan Novel 'Sebuah Pondok Di Bukit Kota' - Novel Pertama Dari Penulis.

Imej
Ini adalah novel pertama yang aku tulis dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (2004). Novel ini sesuai untuk bahan bacaan golongan remaja/kanak-kanak, yang menceritakan tentang pengembaraan sekumpulan remaja di sebuah bukit yang bernama Bukit Kota. Novel ini juga diselitkan dengan unsur-unsur sejarah dan pengetahuan am yang amat berguna bagi pembacanya.
Bagi awda yang berminat bolehlah mendapatkannya di kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei dengan harga $4.00 senaskah. Berikut adalah petikan dari kisah yang menarik dari novelku ini;
“Semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945 dahulu, tentera Jepun mendarat di negara kita ini. Mereka menduduki dan mengambil alih kuasa pemerintahan negara dan British Resident. Pada masa itu ada sebilangan penduduk diambil bekerja secara paksa dan tak kurang juga yang menjadi mangsa kerana pemerintahan mereka yang kejam.”
“Masa tu tok di mana?” tanya Rahman berminat.

“Tok bekerja di kapal yang belayar dan Teluk Brunei di Muara menuju Sungai…

Novel 'A Short History Of Tractors In Ukrainian' Cukup Menarik Untuk Kita Baca.

Imej
Aku memang gemar membaca buku. Tidak kiralah sama ada sajak, cerpen, novel atau buku-buku ilmiah. Tapi biasanya aku lebih suka memilih buku berbahasa Inggeris. Bukan sebab buku berbahasa Melayu tidak menarik, tapi entahlah buku-buku berbahasa Melayu (novel) memang sukar untuk dinikmati, terutama jika isi cerita dan bahasanya langsung tidak ada apa-apa pembaharuan atau kelainan yang perlu kupelajari.
Beberapa hari yang lalu aku beli sebuah novel berbahasa Inggeris yang berjudul 'A Short History Of Tractors In Ukrainian' karya Marina Lewycka. Isi ceritanya bagus dan bahasanya memang cukup menarik... 'thought-provoking, uproariously funny, a comic feast. A riotous oil painting of senility, lust and greed.' Sehingga kini aku sudah membaca hingga pada muka surat 97 dan sangat berminat untuk membaca novel ini sehingga tamat. Aku masih belum tahu apa kesudahannya...
Berikut adalah petikan cerita yang aku petik dari blurb novel ini: 'Two years after my mother died, my father…

Di Sini Aku Masih Ingat Kampongku Yang Kukenal.

Dari kampong yang kukenal
dengan budaya nenek-moyangku yang lurus
dengan nilai, moral dan adatnya
lalu kini jalanku terpesong
di sebuah bandar yang hidupnya menjala
segala yang hanyut di arus modenisme ini
tanpa kemesraan bahasa
dan budi perkerti anak bangsanya.

Sebab kita telah lalui jalan ini
dunia seolah telah merubah hidupku
dengan cita-cita atau harapan
yang seringkali punah dalam kenyataan
malam tidak lagi membenarkan kita bermimpi
panjang atau berangan-angan
sebab siang mengejarku bersama bayangnya;
kegelisahan yang membuatkan aku
berhenti dari berkata-kata
tentang dunia yang kukenali kini.

Dan kita tidak akan kembali lagi
ke pangkal jalan yang pernah kita lalui dahulu
sebab jalan ini adalah perjalanan masa
yang akan terus berlalu
bersama usia yang semakin tersisa
lalu pengalaman membentuk diri
menjadi manusia yang tahu akan makna kemajuan
di bandar ini; melihat bangunan-bangunan modennya
supermarket, gedung, komplek, apartment dan mall
telah memperkenalkan segala macam gaya hidup
dan teknologi kini benar…

Buku 'We've Got Blog: How Weblog Changing Our Culture' Telah Mendorongku Untuk Menulis Blog ini.

Imej
Buku 'We've Got Glog: How Weblog Are Changing Our Culture' kupesan dari Amazon.com dua minggu yang lepas. Buku ini merupakan kumpulan 34 essei yang membincangkan sejarah kepenggunaan blog, pengalaman hingga kepada pengaruh blog itu sendiri terhadap budaya masyarakat moden kita pada hari ini. Aku baru sahaja membaca beberapa judul dan rasanya buku ini memang menarik sekali bagi mereka yang ingin mengetahui tentang perkembangan blog.

Ini bukanlah pertama kali aku menulis melalui blog seperti ini. Sebelum ini aku juga memiliki sebuah laman blog yang akhirnya tidak dapat kuteruskan kerana menghadapi beberapa masalah dengannya. Akan tetapi setelah membaca buku 'We've Got Blog: How Weblog Are Changing Our Culture' minatku kembali untuk menulis melalui blog ini, dengan tujuan dan idea penulisan yang berlainan dari yang terdahulu. Aku akan terus membaca buku 'We've Got Blog: How Weblog Are Changing Our Culture' dan jika ada kesempatan aku akan kembali menyam…

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi