Novel 'A Short History Of Tractors In Ukrainian' Cukup Menarik Untuk Kita Baca.


Aku memang gemar membaca buku. Tidak kiralah sama ada sajak, cerpen, novel atau buku-buku ilmiah. Tapi biasanya aku lebih suka memilih buku berbahasa Inggeris. Bukan sebab buku berbahasa Melayu tidak menarik, tapi entahlah buku-buku berbahasa Melayu (novel) memang sukar untuk dinikmati, terutama jika isi cerita dan bahasanya langsung tidak ada apa-apa pembaharuan atau kelainan yang perlu kupelajari.

Beberapa hari yang lalu aku beli sebuah novel berbahasa Inggeris yang berjudul 'A Short History Of Tractors In Ukrainian' karya Marina Lewycka. Isi ceritanya bagus dan bahasanya memang cukup menarik... 'thought-provoking, uproariously funny, a comic feast. A riotous oil painting of senility, lust and greed.' Sehingga kini aku sudah membaca hingga pada muka surat 97 dan sangat berminat untuk membaca novel ini sehingga tamat. Aku masih belum tahu apa kesudahannya...

Berikut adalah petikan cerita yang aku petik dari blurb novel ini: 'Two years after my mother died, my father fell in love with a glamorous blonds Ukrainian divorcee. He was eighty-four an she was thirty-six. She exploded into our lives like a fluffy pink grenade, churning up the murky water, bringing to the surface a sludge of sloughed-off memories, giving the familiy ghosts a kick up the backside.'

Sisters Vera and Nadezhda must put outside a lifetime of feuding to save their emigre engineer father from voluptuous gold-digger Valentina. With her proclivity for green satin underwear and boil-in-the-bag cuisine, she will stop at nothing in her pursuit of Western wealth.

But the sister's campaign to oust Valentina unearths family secrets, uncovers fifty years of Europe's darkest history and sends them back to roots they'd much rather forget...

Buku yang telah diterjemahkan ke dalam 27 bahasa ini juga adalah merupakan pemenang bagi dua anugerah iaitu 'The Bollinger Everyman Prize For Comic Fiction', dan 'SAGA Award For Wit 2005' di samping 'Longlisted For The Booker Prize 2005' dan 'Shortlisted For The Orange Prize.' Bagi awda yang ingin membacanya awda bolehlah melayari http://www.amazon.com/ dan membeli dari website tersebut atau pergi ke kedai-kedai buku yang terdekat di negara ini untuk membuat tempahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini