Penulis Disaran Bentuk Masyarakat Matang Dan Sihat.


TUTONG, Jumaat - Penulis disarankan untuk menulis perkara yang lebih besar dan bukannya perkara kecil yang remeh seperti memperkatakan soal cinta sesama manusia sebaliknya mengenai cinta kepada negara, bangsa dan keamanan dunia.

Penulisan berbentuk pengajaran perlu dikemukakan penulis supaya pembaca dapat merubah pemikiran mereka dan secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat yang berfikiran matang dan sihat, kata Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Mataim Bakar ketika merasmikan Bengkel Penulisan Sastera hari ini.

Katanya, sastera mampu merubah pola kehidupan dan pola pemikiran masyarakat kepada yang lebih baik kerana sastera mempunyai nilai estetika yang boleh mempengaruhi pembaca.

Kekuatan estetika dalam sastera juga mampu memacu gerak masyarakat daripada pasif kepada lebih proaktif, yang statik kepada lebih dinamik, pemikiran sempit kepada global dan konservatif kepada kualitatif, katanya lagi. Beliau turut menyentuh mengenai kematangan pemikiran pengarang Syair Rakis Almarhum Pengiran Shahbandar Mohammad Salleh yang dapat melihat sesuatu kejadian yang akan terjadi jauh ke hadapan.

Begitu juga dengan syair yang dihasilkan Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang amat sesuai dijadikan panduan dalam membangun serta mentadbir negara, jelasnya. Pemikiran seperti syair hasil Almarhum itu perlu dimuatkan dalam penulisan sastera sekarang. Dewasa ini, katanya lagi, ibu bapa menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sastera Melayu tidak penting malah beranggapan mata pelajaran itu sebagai mata pelajaran kelas kedua yang tidak menjamin masa depan.

Menurutnya usaha menjayakan bengkel itu patut dipuji kerana kumpulan penulis di daerah itu tampil untuk menyahut seruan DBP dalam sama-sama membantu menjayakan projek kesusasteraan di negara ini. Beliau menambah kata, usaha kumpulan itu patut dijadikan sebagai contoh kepada persatuan penulis dan pertubuhan seni lain supaya mereka dapat menganjurkan sebarang kegiatan kesusasteraan.

Ujarnya melalui bengkel itu peserta dapat menimba ilmu dalam bidang penulisan kerana ilmu penulisan amat penting sebagai teras dalam melahirkan sebuah karya yang mempunyai kualiti pemikiran tinggi yang seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara, katanya.

[Artikel ditulis oleh Rafidah Jumat, Media Permata, Sabtu/Ahad 19/20 Januari 2008]

Ulasan

Apandi berkata…
salam tuan, apa perkara yang lebih besar itu tuan?

apa soal cinta sesama manusia itu perkara kecil yang remeh tuan? sedang cinta itulah sumber bahagia dan sejahtera, dan takwa..

amankah negara, harmonikah bangsa kalau soal cinta sesama manusia dianggap perkara yang remeh???

muskil tuan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini