'Jerangkap' - Koleksi Cerpen Pilihan Dalam Pelita Brunei.

Buku koleksi ini mengandungi dua puluh dua buah cerpen hasil karya para penulis tempatan yang terpilih dan dikeluarkan dalam Pelita Brunei di sepanjang bulan Januari hingga bulan Mei tahun 2001.Penerbitan buku ini adalah merupakan usaha berterusan Jabatan Penerangan bagi mengumpul karya-karya cerpen yang terpilih. Pengumpulan ini juga sebagai usaha untuk menghargai sumbangan penulis kepada perkembangan kesusasteraan tanah air terutama penulis-penulis cerpen.

Di samping itu ia juga merupakan hasil daripada beberapa maklum balas yang diterima dari para peminat dan pembaca cerpen di Pelita Brunei yang mana mengesyorkan supaya ada usaha Jabatan Penerangan kearah mengumpul cerpen-cerpen yang terpilih untuk dijadikan sebuah buku yang akan memberikan manafaat yang baik kepada para pembaca dan peminat amnya dan para pengkaji sastera tanah air mengenai perkembangan dan kemajuan kesusasteraan yang dihasilkan oleh penulis tempatan.

Koleksi pertama, kedua dan ketiga telah diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan yang mana telah diterbitkan pada awal tahun 2002. Buku tersebut diberi judul Koleksi Cerpen Pilihan Dalam Pelita Brunei. Koleksi tersebut masing-masing diberi judul “Pewaris Kemenangan Bangsa; Gadis Misteri; dan Tua dan Aktif”. Dalam keluaran ke empat ini, beberapa perubahan dan tambahan telah dibuat kepada pengolahan rekaletak, susunan cerpen dikeluarkan, biodata penulis dan sebagainya oleh pihak penerbit.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama pihak penerbit (dan para penulis) sangat mengalu-alukan pandangan yang telah disalurkan. Pihak penerbit (dan para penulis) percaya penerbitan Koleksi Cerpen Pilihan Dalam Pelita Brunei dapat merangsang lagi semangat para penulis tanah air kearah menghasilkan karya yang bermutu dan secara langsung pihak penerbit (dan para penulis) juga percaya ia dapat membantu supaya karya sastera tanah air menjadi kumpulan sumber bahan penyelidikan kepada penyelidik-penyelidik sastera di masa-masa akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini