Projek Titian Puisi di kediaman Menteri Hal Ehwal Ugama

Projek Titian Puisi diteruskan lagi hari ini di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ugama Pehin Dato Seri Setia Utama Dr Ustaz Haji Md Zain Haji Serudin yang dikenali dengan nama pena Shukri Zain. Antara yang hadir ke majlis hari ini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Dato Seri Pahlawan Mejar (B) Haji Mohammad Haji Daud dan Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman bersama Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan Ketua II Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (Asterawani) Brunei Darussalam yang kemudiannya diteruskan dengan puisi penyambut Salam oleh Pehin Dato Seri Setia Utama Dr Ustaz Haji Md Zain. Majlis hari ini diteruskan dengan pengucapan puisi oleh Yahya Ms, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Badaruddin Haji Awang Othman, Wijaya dan Zairis MS. Pehin Dato Seri Pahlawan Mejar (B) Haji Mohammad meneruskan majlis hari ini dengan Menambang Syair dan disusuli dengan pengucapan puisi oleh Datin Maimoonah Haji Omar, Aminah Haji Momin dan Hajah Shamsiah Haji Abdi Manaf. Sebelum majlis selesai hari ini majlis dimeriahkan dengan pengucapan puisi berkumpulan oleh kumpulan Piut-Piut Sarang Muhammad bertajuk Doa Kenangan dan Menambang syair oleh Ibnu Abdir-Raheem. - Media Permata

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi