ASTERAWANI Perlu Pertahan Kewujudannya.

TIDAK banyak yang dapat diperkatakan mengenai kecenderungan sastera di Brunei. Mungkin kerana kita telah berasa cukup dan berpuas hati dengan keadaan ini maka tidak ada isu yang ternampak dan perlu ditimbulkan kerana biasanya orang kita tidak begitu gemar bersuara secara terbuka.

Ini bukan berrnaksud untuk mengkritik, akan tetapi kebisuan kita ini sedikit sebanyak telah menghapuskan minat orang untiak memahami sastera dan akhirnya kebanyakan karya-karya penulis kita tidak lagi dinilai sebagai hasil yang menguntungkan.

Apabila orang tidak lagi mahu memandang serius mengenai sastera dan ilmu yang berkaitan dengannya, penggiat sastera terutama sekali para penulis sudah tentulah akan ditempatkan di suatu ruang yang asing dan jauh tersisih dari hati masyarakat.

Sebenarnya masyarakat kita amat memerlukan kejelasan tentang kedudukan sastera kita di Negara ini. Dengan yang demikian tidakkah kita perlu bersuara dan membangkitkan perkara yang sebenarnya perlu bagi memperbaiki keadaan yang telah sekian lama menyelubungi dini sendiri.

Di antaranya ialah mengenai kedudukan ASTERAWANI yang telah sekian lama menyepikan diri dari kancah kegiatan sastera tempatan.

Kita sebagai kalangan penulis yang tidak begitu ramai bilangannya di negara ini dirasakan perlu mengetahui dan mengambil berat apakah yang sedang berlaku di sebalik kesunyian ini.

Pada kenyataannya ASTERAWANI sebagai persatuan penulis yang tunggal di Brunei telah lama wujud, tetapi sejak sekian lama gerakkannya agak begitu terbatas dan hampir tidak terdengar lagi gema dan tepuk sorak sastera daripada para ahlinya mahupun untuk meningkatkan sumbangan. bersama-sama dengan ketegalan beberapa penulis tanahair yang masih mahu terus berkarya.

ASTERAWANI mungkin tidak pernah lupa bahawa para penulis dan penggiat sastera di negara ini amat memerlukan angkatan ini sampai bila-bila pun, dan sekurang-kurangnya melalui gerakan yang Iebih aktif dan aektif kita akan dapat membantu meluaskan lagi martabat sastera Melayu di Negara ini dengan sempurna.

Walaupun kita sangat berbangga dengan penglibatan ASTERAWANI dalam menyertai dan menganjurkan dialog, seminar atau pertemuan sastera/sasterawan sehingga ke peringkat serantau dan antarabangsa, misalannya Pertemuan Sasterawan Nusantara yang sebenarnya lebih menitik beratkan hubungan di kalangan sasterawan besar di rantau Asia Tenggara, kita sebënarnya masih perlu melihat kedudukan diri dan menilai perkembangan sastera kita di negara ini dengan teliti.

Sebaliknya Dewan Bahasa dan Pustaka yang sejak penubuhannya sebagai sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan membina dan mengembangmajukan bahasa dan sastera Melayu di negara ini masih tetap menjadi tempat kepada pengamat dan penulis kita untuk memperoleh segala keperluan dalam merancakkan lagi kegiatan sastera kita. Dewan Bahasa dan Pustaka bukan saja menghadapi tugas pentadbiran dan mengurus apa juga keperluan bahasa dan sastera yang memang sudah kita sedia maklum memang rumit, malah bertindak selaku penerbit majalah, jurnal dan buku-buku penting sebagai keperluan bacaan masyarakat di negara ini.

Ini pun ditambah lagi dengan menganjurkan berbagai kegiatan siri diskusi, bengkel, kuliah, peraduan dan lain-lain lagi.

Sebagai sebuah institusi kerajaan Dewan Bahasa dan Pustaka mungkin tidak dapat memperoleh kesan yang besar jika tidak ada perhubungan yang baik, misalannya di antara para penulis dan penggiat sastera di negara ini, begitu juga halnya dengan ASTERAWANI jika tidak saling lengkap-melengkapi di antara satu dengan yang lain.

ASTERAWANI boleh mencontohi persatuan-persatuan penulis yang ada di negara-negara lain di rantau ini, seperti GAPENA di Malaysia yang mempunyai lebih daripada sebuah persatuan penulis yang merangkumi semua badan sastera berbahasa kebangsaan dan kesemua negeri-negeri di Malaysia.

Persatuan-persatuan dan badan-badan sastera di negara tersebut sehingga kini masih menunjukkan semangat kesatuan, ditambah pula dengan pengaruh di kalangan orang yang berpengaruh, intelektual, cendekiawan dan budayawan Melayu dengan berbagai kegiatan secara berterusan.

Bagaimanapun ASTERAWANI sebagai angkatan tunggal gerakan sastera masyarakat di negara ini bolehlah kita lihat sebagai satu angkatan yang amat ideal da1am memperkembangkan sastera kebangsaan.

Akan tetapi kelemahan ASTERAWANI ialah, walaupun jawatan kuasanya dapat bergerak dengan menyertai dan menganjurkan pertemuan-pertemuan kesusasteraan Melayu di rantau ini, kebanyakan ahlinya dan para penulis kita masih tetap mengalami kesukaran yang amat ketara untuk mengerakkan kerancakan sastera di Negara ini.

ASTERAWANI seolah-olah menghadapi masalah besar untuk bergerak aktif bersama penulis-penulis tempatan kita dan menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat kita pada hari ini.

Dengan demikian kemungkinan juga amat sukar untuk kita melihat masa depan sastera yang kita impikan selama ini, kerana arus globalisasi dan sistem teknologi maklumat yang ada kini nampaknya lebih mempengaruhi komunikasi kita, dan keluar dan prinsip awal serta menukar sifat sastera kita dengan lebih mengarah kepada kepentingan-kepentingan individu.

Apa yang jelas kini ialah ASTERAWANI hanya perlu mempertahankan diri dan mempastikan kewujudannya lebih daripada merealisasikan sumbangan dan menyalurkan tenaganya kepada khalayak penulis dan masyarakat kita. Memang benar jika kita tidak lagi memperoleh peruntukan dari segi kewangan untuk tujuan-tujuan pentadbiran, pengurusan, kerabat kepimpinan yang berpengalaman dan berpengaruh serta dipercayai masalah ini akan tetap mengalami kesulitan yang besar.

Katakanlah jika ASTERAWANI memperolehi peruntukan $5,000.00 setahun bagi maksud tertentu, kita mungkin percaya ini akan mampu merubah situasi bahasa dan sastera kita di kalangan masyarakat di negara ini. Walau bagaimanapun $5,000.00 bukanlah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan usaha-usaha yang bermanfaat dalam gerakan sastera para ahli dan para penulis kita yang ada di negara ini melalui wadah yang berinisiatif untuk meningkatkan persepsi berbudaya sastera di kalangan masyarakat.

Jika kita mengimbas kembali dari perspektif sejarah, sudah tentulah kita berasa sukar untuk membayangkan pada tahap manakah penghidupan kreatif imajinatif sastera Melayu kita sesudah mencapai tempoh usia 30 tahun yang akan datang.

Tetapi apa yang berlaku sekarang bukanlah salah sejarah masa lampau, dan kita sudah seharusnya berasa selesa jika ASTERAWANI dan Dewan Bahasa dan Pustaka saling meneguhkan kepercayaan berdasarkan birokratik yang biasa.

Misalannya dalam soal pembiayaan projek kerjasama dalam gerakan budaya tempatan di samping memperoleh sumber dari tajaan pihak swasta semata-mata untuk pembinaan satera kita dengan lebih berkesan. Kenyataan ini hanya dapat dicapai jika ada usaha-usaha yang berbagai, termasuk dengan menyalurkan buah fikiran dan tenaga percuma dari penggiat sastera kita di negara ini.

Ulasan