'Nyanyian Perjalanan Mencari Diri Dari Muara Ke’Arafat' Memenuhi Keperluan Ciri-Ciri Persajakan islam.

Judul: Nyanyian Perjalanan Mencari Diri dari Muara Ke’Arafat.
Penulis: Yahya M. S (Tokoh sastera Mastera Brunei Darussalam)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Tahun: 2004
Genre: Sajak
Muka Surat: 78 Halaman
Harga: BND$4.00
ISBN: 99917-0-363-2

KUMPULAN PUISI Nyanyian Perjalanan Mencari Diri Dari Muara Ke ‘Arafat iaitu puisi-puisi yang dihasilkan oleh Yahya M.S. sekitar tahun 1984 hingga tahun 1998 merupakan kumpulan puisi keenam penyair selepas Kumpulan Puisi Perjalanan Kedua Dan Rumah Ke Puncak Suasana (DBP, 2003).

Kumpulan ini mengandungi 25 buah puisi, dua daripadanya ditulis dalam bahasa Arab iaitu “Katanya: Aku Beriman” dan “Siapa Dikau” yang digarap oleh Yahya M.S. dengan ungkapan-ungkapan yang penuh makna, corak nada yang lebih lantang dan terbuka sifat sindiran dan pengibaratannya dengan tujuan untuk memberi nasihat, pengajaran dan panduan dalam kehidupan masyarakat Islam terutama kepada anak bangsanya dan masyarakat dunia umumnya sesuai dengan persoalan-persoalan yang dicetuskan dalam kumpulan puisi ini adalah sepenuhnya berteraskan Islam dan bersifat universal.

Semua ini “bukan merupakan suatu keangkuhan budaya, melainkan berupa satu corak kemampuan kreativiti penyair pada pengolahan karya-karya sajaknya yang boleh menghasilkan nilai-nilai ketepatan dan keindahan yang berkesan dalam penyampaian isi dan makna [...] yang sama-sama berperanan dalam memperkukuhkan corak dan tanda jati din atau calak kepenyairannya.” (Hashim Awang: xxxv)

Yahya M.S. adalah penerima S.E.A. Write Award, Bangkok (1987) dan Penerima Anugerah Sastera Mastera, Brunei Darussalam (2003). Beliau juga adalah merupakan salah seorang penyair besar dan terpenting di Negara Brunei Darussalam.

Ulasan