Tiga tokoh sasterawan terima anugerah MASTERA.

Profesor Madya Dr Haji Hashim Haji Abdul Hamid dari Brunei Darussalam, Willibordus Surendra Bhawana Rendra dari Indonesia dan Dato' Dr Hajah Siti Hawa Haji Salleh adalah para penerima Anugerah Sastera Sidang Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Kali Ke-3, 2008 pada petang hari Ahad kelmarin. Anugerah berprestij yang dianugerahkan kepada tiga orang tokoh sastera atau penulis genre sastera iaitu seorang dari setiap negara Pendiri MASTERA itu telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Haji Jemat Haji Ampal di dalam satu majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Gadong.

Tujuan anugerah berpotensi itu diwujudkan adalah sebagai penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh sastera atau penulis atau tokoh pejuang sastera yang menulis dalam bahasa Melayu dan bergiat aktif menurut Panel telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan Asia Tenggara melalui karya yang bermutu tinggi atau tokoh pejuang sastera yang bergiat memperkembangkan kemajuan sastera. Anugerah tiga tahun sekali itu bertujuan bagi mengangkat martabat sastera Melayu di Asia Tenggara, nama penulis sesebuah negara yang menerima anugerah, menjadi pendorong kepada penulis memajukan hasil kesusasteraan dan mewujudkan persefahaman serantau. Melalui Anugerah Sastera itu MASTERA akan memperoleh kajian ilmiah tentang hasil karya dan/atau sumbangan kegiatan sastera penerima anugerah untuk digunakan sebagai kajian dan rujukan sepanjang zaman.

Setiap penerima telah menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak B$10000 tajaan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd berserta Sijil Pengiktirafan. Majlis berkenaan turut diserentakkan dengan Majlis Menandatangani Pernyataan Keputusan Umum Sidang Ke-14 MASTERA dan Penyerahan Keputusan Umum Sidang Ke-14 MASTERA yang telah berlangsung selama tiga hari dari 19-21 September di hotel yang sama. Penandatanganan oleh Pengerusi MASTERA Brunei Darussalam, Dr Mataim Bakar, Ketua MASTERA Indonesia, Dr H. Dendy Sugono dan Pengerusi MASTERA Malaysia, Hajah Izzah Abdul Aziz itu telah disaksikan oleh Dato Paduka Haji Jemat.

Di majlis itu, Dato Paduka Haji Jemat juga telah berkesudian untuk melancarkan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang berjudul 'Bahtera: Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa' tulisan Rozaiman Makmur, serta sebuah lagi buku terbitan majlis Mastera Brunei yang berjudul 'Sumur Wawasan - 14 esei Mastera (edisi 1999-2003)' dengan menabur bunga rampai ke atas buku-buku berkenaan. Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan sajak berkumpulan yang kemudiannya telah diteruskan dengan acara bersungkai, Sembahyang Maghrib secara berjemaah dan makan malam. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Aziz Juned yang lebih dikenali dengan nama Adi Rumi dalam dunia sastera.

Ulasan

shoeb berkata…
please send your zakat to

shoeb qamar farshori

account no.
01730110003456
kotak mahindra bank
branch-greater kailash II
new delhi
india

there are many poor girls and boys who will banifit from your mony.
jazakallah.

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi