Sudah lama juga saya tidak menghantar karya saya ke penerbitan. Teman-teman saya, jika kebetulan berjumpa, memang selalu bertanya sama ada saya masih menulis atau pun tidak. Saya jawab ‘ya’ saya masih menulis, terutama dalam genre puisi. Cuma beberapa judul puisi yang saya tulis itu masih saya simpan dan belum bersedia untuk menerbitkannya. Dulu saya memang gemar menghantar karya-karya saya sebaik sahaja siap saya tulis ke penerbitan. Saya berbuat begitu kerana berasa seronok melihat karya saya terbit dalam media cetak, sekaligus menerima royalty yang berupa wang ringgit.
Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.
Ketika ini Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang membukakan penyertaan bagi Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar DBP dan Majalah Juara Pelajar DBP, Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP, dan Peraduan Menulis Rencana Beriga sempena Jubli Emas (50 Tahun) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011). Murid-murid, penulis-penulis dan orang ramai yang berminat untuk menyertai peraduan-peraduan tersebut bolehlah mendapatkan borang penyertaan melalui terbitan majalah Mekar, Juara Pelajar, Bahana, dan Beriga.
Ulasan