Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Pusat Da'wah Islamiah anjur peraduan penulisan seni kreatif berunsur Islam.

Imej
Penulis di negara ini kini berpeluang menyertai Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam anjuran Pusat Da'wah Islamiah sempena Sambutan Israk dan Mikraj. Peraduan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori menulis sajak, rencana dan cerita kanak-kanak bergambar. Antara lain objektif peraduan itu ialah untuk melibatkan dan menggalakan masyarakat tempatan berdakwah melalui penulisan di samping mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan berunsurkan Islam. Selain itu ia adalah bagi memperingati dan memeriahkan sambutan hari kebesaran Islam, Israk dan Mikraj bagi tahun 2008 serta memperbanyakkan koleksi untuk dijadikan bahan terbitan dalam pelbagai bidang penulisan yang berunsurkan dakwah. Sehubungan itu, borang dan keterangan lanjut mengenai peraduan itu boleh diperolehi dan dikembalikan di Urus Setia Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam Pusat Da'awah Islamiah atau Unit Da'wah di setiap daerah dan borang berserta hasil karya hendaklah dihantar tidak lewat

Nostalgia.

Imej
Saya harus berterima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Mata Pelajaran dan Buku-Buku Teks Kesusasteraan Melayu, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan kerana turut memuatkan sajak saya yang berjudul ‘Nostalgia’ ke dalam Antologi Sajak Cermin Diri (Teks Pelajar Kesusasteraan Melayu) yang telah mula dicetak dan terbit sejak tahun 2000 yang lalu. Memang bukan mudah untuk seseorang penulis mengetengahkan karya mereka ke dalam sebuah buku teks yang akan digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah khususnya Menengah 4 dan 5. Saya memang banyak menulis, khususnya dalam bidang puisi dan cerpen, tetapi tidaklah sebaik mana dengan ‘Nostalgia’. ‘Nostalgia’ sebetulnya adalah hasil dari daya ingatan atau kenangan yang terbentuk dari masa silam yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini. Sebenarnya sajak tersebut adalah salah satu sajak yang telah membawa kemenangan kepada saya bagi kategori puisi di majlis Hadiah Kreatif Bahana Brunei Shell - D

Undangan Penyertaan Dalam Projek Penyelidikan Budaya Puak Bisaya Brunei.

Imej
Sebagai sebuah kumpulan etnik yang agak kecil di negara ini, puak Bisaya adalah merupakan salah satu diantara tujuh Puak Jati yang mendapat pengiktirafan di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Memandangkan budaya tradisi masyarakat ini telah menghadapi berbagai perubahan dan hampir dilupakan akibat dari kemajuan hidup yang kita alami pada masa kini, terutama dari aspek sosio-budaya, ekonomi, kepercayaan dan amalannya maka saya mengundang para penulis, pencinta budaya, penyelidik dan mereka yang berminat untuk menyertai projek penyelidikan ini dan seterusnya menghantar hasil penyelidikan mereka yang berupa rencana, artikel atau essei yang nanti akan diterbitkan ke dalam sebuah buku bersama yang berjudul ‘Mengenali Budaya Brunei: Puak Bisaya”. Hasil tulisan sebaik-baiknya hendaklah dikukuhkan serta didokong dengan pengalaman peribadi penulis atau penyelidik mengenai topik yang dibincangkan. Bagi mereka yang berminat dan untuk mendapatkan keterangan lanjut bolehlah menghantar email kep