Pusat Da'wah Islamiah anjur peraduan penulisan seni kreatif berunsur Islam.

Penulis di negara ini kini berpeluang menyertai Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam anjuran Pusat Da'wah Islamiah sempena Sambutan Israk dan Mikraj. Peraduan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori menulis sajak, rencana dan cerita kanak-kanak bergambar.

Antara lain objektif peraduan itu ialah untuk melibatkan dan menggalakan masyarakat tempatan berdakwah melalui penulisan di samping mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan berunsurkan Islam.

Selain itu ia adalah bagi memperingati dan memeriahkan sambutan hari kebesaran Islam, Israk dan Mikraj bagi tahun 2008 serta memperbanyakkan koleksi untuk dijadikan bahan terbitan dalam pelbagai bidang penulisan yang berunsurkan dakwah.

Sehubungan itu, borang dan keterangan lanjut mengenai peraduan itu boleh diperolehi dan dikembalikan di Urus Setia Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam Pusat Da'awah Islamiah atau Unit Da'wah di setiap daerah dan borang berserta hasil karya hendaklah dihantar tidak lewat 31 Disember 2008 pukul 4 petang.

Ulasan