Undangan Penyertaan Dalam Projek Penyelidikan Budaya Puak Bisaya Brunei.

Sebagai sebuah kumpulan etnik yang agak kecil di negara ini, puak Bisaya adalah merupakan salah satu diantara tujuh Puak Jati yang mendapat pengiktirafan di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959.

Memandangkan budaya tradisi masyarakat ini telah menghadapi berbagai perubahan dan hampir dilupakan akibat dari kemajuan hidup yang kita alami pada masa kini, terutama dari aspek sosio-budaya, ekonomi, kepercayaan dan amalannya maka saya mengundang para penulis, pencinta budaya, penyelidik dan mereka yang berminat untuk menyertai projek penyelidikan ini dan seterusnya menghantar hasil penyelidikan mereka yang berupa rencana, artikel atau essei yang nanti akan diterbitkan ke dalam sebuah buku bersama yang berjudul ‘Mengenali Budaya Brunei: Puak Bisaya”.

Hasil tulisan sebaik-baiknya hendaklah dikukuhkan serta didokong dengan pengalaman peribadi penulis atau penyelidik mengenai topik yang dibincangkan. Bagi mereka yang berminat dan untuk mendapatkan keterangan lanjut bolehlah menghantar email kepada: puasakamis@brunet.bn

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi