Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak

Imej
Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (1961-2011), Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang mengadakan Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak sebagai lanjutan daripada Bengkel Penulisan Skrip Drama Kanak-Kanak yang telah diadakan pada 13-16 Jun 2009 yang lalu. Peraduan tersebut merangkumi Skrip Drama Pentas, Radio dan Televisyen. Keterangan lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi di Kaunter-Kaunter Penyambut Tetamu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 01 Jun 2010.

Cerpen dan majalah Bahana 2008

Berikut adalah petikan 'Laporan Panel Penilai hadiah Kreatif Bahana 2008' yang berlangsung pada hari Sabtu, 21 November 2009 yang lalu, khusus bagi Kategori Cerpen yang saya rasa patut untuk kita renungkan kembali; Cerpen dalam majalah Bahana 2008 secara umum masih terikat dengan gaya penceritaan kovensional dan tipa stereo dengan cerpen-cerpen sebelumnya. Memang terdapat cerpen yang mengemukakan cerita yang berbentuk abstrak, surealis, dan simbolik tetapi ia masih pada tahap sederhana. Agak keterlaluan juga jika dilabelkan bahawa banyak cerpen dalam majalah Bahana 2008 gagal bercerita yang natijahnya pembaca kurang stimulasi meneruskan pembacaan sama ada kerana pengakhiran cerita sudah dapat dijangkakan, tema cerita yang sudah basi, gaya penceritaan yang tidak lancar, dan yang utama cerita yang dinukilkan tidak logik pada tahap logik realiti apatah lagi logik fiksyen. Malah ada di antara cerpen yang tersiar dalam Bahana 2008 hanya sesuai untuk bacaan remaja.

Writing A TV Drama Script (Creative & Culture: TV Drama)

Writing A TV Drama Script (Creative & Culture: TV Drama)

Cerpen dan akhbar.

Imej
Setakat ini kita hanya dapat melihat akhbar rasmi Pelita Brunei terbitan Jabatan Penerangan dan Media Permata terbitan Brunei Press Sdn. Bhd. sahaja yang ada memuatkan karya sastera penulis tempatan kita (khususnya cerpen dan puisi). Namun jumlah karya yang terbit melalui kedua-dua akhbar ini tidaklah begitu mengalakkan, malahan karya-karya tersebut terbit secara tidak berkala. Ini bermakna, sejak akhir-akhir ini, kita sudah mengalami kekurangan penulis yang mungkin tidak lagi berminat mengetengahkan karya mereka melalui kedua-dua akhbar ini, atau sebaliknya, kedua-dua penerbit akhbar tersebut juga sudah serik menerima karya penulis-penulis muda kita yang cuma mahu menulis setakat apa yang termampu. Untuk mengikuti perkembangan lanjut, sila ikuti cerpen-cerpen yang mungkin terbit melalui akhbar yang dimaksudkan dari masa ke semasa.

Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008

Imej
Kelmarin Sabtu 21 haribulan November, seramai 12 orang penulis telah menerima Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008, termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dengan puisinya `Ini Zat Bukan Bayangku'. Pemenang dari tiga kategori iaitu cerpen, puisi dan syair menerima hadiah berupa wang tunai yang disumbangkan oleh Brunei Shell Petroleum (BSP), plak, sijil dan satu jilid majalah Bahana. Majlis juga diserikan dengan sesi bacaan puisi oleh para pemenang sebelum penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Awang Haji Muhamad bin Haji Abdul Rahman.

10th French Film Festival

Imej
Sejak Isnin 9 haribulan yang lalu hingga 22 haribulan November ini peminat perfileman di Brunei berpeluang mengikuti Filmmaking Workshop @ AF Brunei . Bengkel ini dibimbing oleh Frederic Vin , seorang pengarah muda dari Peranchis. Sebagai peminat filem khususnya filmmaking saya rasa peluang ini sangat berharga untuk kita ikuti. Siapa tahu suatu hari nanti kita di Brunei ini juga akan menghasilkan filem-filemnya sendiri menerusi anak-anak tempatan yang berbakat besar.

Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian bagi penerbitan buku Kumpulan Puisi 'Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua' dan Kumpulan Cerpen 'Cetera Merdeka'

Imej
Akhirnya penandatanganan memorandum perjanjian bagi penerbitan buku Kumpulan Puisi 'Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua' dan Kumpulan Cerpen 'Cetera Merdeka' telah berlangsung hari ini di Balai Patih Berbai, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Penerbitan kedua-dua buku ini dijangka akan dilancarkan pada Pesta Buku 2010. Saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada penulis-penulis yang turut sama hadir bagi menandatangani memorandum perjanjian bagi penerbitan buku-buku mereka pada hari ini, dan berharap kita akan maju jauh ke hadapan lagi dengan karya penulisan yang bermutu tinggi.

Islamic Dakwah Centre holds poetry competition

Imej
The Islamic Dakwah Centre held the final of the Silver Jubilee Patriotic Poetry Group Declamation Competition Saturday night, with participants competing in various formats. Some chose sketch acting, group singing or a mixture on-stage and off-stage performance. The competition was divided into two categories; Category A for secondary schools and Category B for upper six students, higher learning institutions and village/mosque associations. Read more...

Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008

Imej
Hari ini saya telah menerima satu kad undangan ke Majlis Penyampaian Hadiah Keratif Bahana DBP-BSP bagi tahun 2008 yang dikirim melalui pos. Saya memang selalu teringat mengenai majlis yang amat bermakna ini. Bagi penulis-penulis yang pernah menyumbang sejumlah karya mereka ke majalah Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif sepanjang tahun 2008 ini, sudah tentulah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui siapakah yang akan meraih hadiah-hadiah yang disediakan. Apapun sama-samalah kita lihat dan menghadiri majlis yang akan diadakan pada Hari Sabtu 21 November 2009 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas itu nanti. Kita jumpa di sana...

Bahasa Melayu terus jadi bahasa ilmu

Imej
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) komited untuk melaksanakan visi dan misinya mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan yang relevan dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. DBP selaku institusi yang bertanggungjawab terhadap perkembangan itu kini rancak melatih warganya menangani gerbang bahasa yang menjadi sebahagian lagi kemajuan DBP mencapai misinya. Perkara itu dijelaskan pemangku pengarah DBP, Hajah Aminah Haji Momin ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pemenang kuiz radio sambutan Jubli Emas Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Brunei. Menurutnya DBP akan mencapai usia 50 tahun pada 16 September 2011 dan kini giat merancang pelbagai aktiviti bagi mendukung pemartabatan dan pemerkasaan bahasa Melayu. Baca seterusnya...

Bacaan puisi serikan majlis raya ASTERAWANI

Imej
Angkatan Sasterawan Dan Sasterawani (ASTERAWANI) mengadakan Majlis Tahlil dan Ramah Mesra Aidilfitri di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka malam Ahad yang lalu. Majlis 'dua dalam satu' itu disemarakkan lagi dengan pembacaan puisi oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain Haji Serudin yang juga dikenali dengan nama penanya, Sukri Zain pada akhir majlis. Selain beliau, anggota ASTERA-WANI, penulis dan jemputan lain juga bergilir naik ke pentas secara sukarela bagi membacakan puisi ataupun mendeklamasikan sajak pilihan masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Majlis yang julung kali diadakan oleh ASTERAWANI itu pada awalnya dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diteruskan dengan pembacaan tahlil dan ucapan alu-aluan daripada Ketua 1 ASTERAWANI, Profesor Madya Ampuan Dr Haji Brahim Ampuan Haji Tengah. Sebelum bersurai, hadirin mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain. ASTERAWANI adalah ba

Persada Puisi Pilihan Puasha

Imej
Kelmarin saya baru sahaja menerima senaskah majalah Bahana terbitan Bilangan 319 jilid 44, Jun 2009 yang dikirim melalui pos. Ternyata editor majalah Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif ini telah menepati janjinya untuk menerbitkan sebanyak enam judul sajak saya, khusus dalam ruangan 'Persada Puisi Pilihan'. Saya berasa teruja dengan terbitnya sajak-sajak ini dan berhasrat mahu mengajukan beberapa buah sajak dan cerpen lagi untuk majalah ini. Memandangkan saya sudah jarang mahu menulis dan menghantar karya saya ke majalah Bahana , saya rasa tiba masanya nanti saya juga akan dapat menghasilkan sebanyak mungkin karya-karya yang terbaik untuk majalah ini.

Second Islamic Literature Award will be held 2012

Imej
A press conference on "Anugerah Kesusasteraan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB)" was held yesterday at the multi-purpose hall of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation Complex in the capital. Yesterday's event began with an opening speech delivered by Managing Director of YSHHB, Dato Paduka Hj Ali Hashim Hj Daud who briefed the media on the background of the Islamic Literature Award that is being held for the second time, the first being held last November. The Managing Director said that based on the development of literature writing in the sultanate, particularly those with prominent Islamic characteristics and interests, YSHHB feels that the awarding of the Islamic literature Award is appropriate to honour and recognise their work in producing Islamic literature. Read More...

Award-winning author hopes to inspire women writers

Imej
The first woman from Brunei to receive the Southeast Asian Writer Sea Write) Award after a 23-year wait, Hjh Norsiah Hj Abd Ghafar, returned home Saturday night from Bangkok after attending the Sea Write Week that culminated with her receiving the prestigious prize from HRH Crown Prince Maha Vajiralongkorn of Thailand. Present at the airport to welcome her were Awang Hj Mohammad, the Acting Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports, Dayang Hjh Aminah Hj Momin, the Acting Director of Language and Literature Bureau (DBP) and staff of DBP. Hjh Norsiah said she was happy to receive the award which made her the 24th recipient of the Sea Write Award for Brunei Darussalam and the first woman from this country to do so. "I accepted the award on behalf of female writers in Brunei and hopefully it will inspire other women to do the same. "It is nothing to do with breaking the male barrier but women writers in Brunei should do their best to be on par with

Ketabahan Penulis.

Imej
Saya terbaca satu berita yang masing-masing terbit dalam dua buah akhbar bertajuk Malay Author Gains 'Lifetime Aid' Thanks To Wise Donation dan Helping to Show Way Out of Poverty mengenai salah seorang penulis Brunei yang menyara kehidupan keluarganya dengan hanya bergantung kepada hasil-hasil karyanya. Berita ini menarik perhatian saya dan sekaligus menyatakan kepada kita bahawa sehingga ke hari ini rupa-rupanya masih terdapat segelintir penulis, khususnya di Brunei yang berjuang dan menghadapi cabaran hidup ini tanpa mengharapkan sesuatu kerjaya yang lebih menarik untuk mencapai sebuah kehidupan yang diimpikan.

Dokudrama 'Sebening Kasih-Nya'.

Imej
Saya berasa puas hati setelah lebih kurang satu minggu bergelut dengan idea dan permintaan dari penerbit drama di Unit Drama RTB, kerana akhirnya saya berhasil menyiapkan sebuah skrip dokudrama yang dijanjikan. Saya rasa penerbit dokudrama ini juga berpuas hati dengan judul dokudrama yang saya gunakan. 'Sebening Kasih-Nya' adalah merupakan sebuah dokudrama yang bertemakan keagamaan dan diharap akan ditayangkan melalui kaca telivisyen sempena Hari Raya Aidiladha 2009 nanti. Berikut ini, adalah sinopsis cerita dokudrama 'Sebening Kasih-Nya' yang telah saya tulis untuk pengetahuan awda; Sejak dibangku sekolah, Amirul sudah mempelajari Islam sebagai salah satu mata pelajaraan yang diminatinya. Hubungannya dengan rakan-rakan beragama Islam telah banyak mempengaruhinya untuk mendalami tentang Islam. Dan minatnya ini bertambah lagi apabila Amirul berkawan dengan Amirah sejak setahun yang lalu. Mereka sering membuat temujanji di sebuah café dan peluang ini digunakan oleh Amir

Islamic creative writing contest.

Imej
The Ministry of Religious Affairs will organise a creative writing competition based on Islam in conjunction with the Israk and Mikraj celebration Year 1430 Hijrah/2009. The competition is divided into poetry writing, feature writing and children story writing for residents and permanent residents aged not below 18 years old. In poetry writing, the length is not limited and should be appropriate with the poem criteria. In feature writing, the article should be between 3,000 and 5,000 words. The children's story should be from 500 to 800 words. Entry forms and further information are available at the competition secretariat at Islamic Dakwah Centre, Ministry of Religious Affairs, Jalan Kebangsaan, Kampung Pulaie, Berakas, or from all Dakwah Unit Secretariat in Tutong, Belait and Temburong Districts. Closing date is Dec 13, 2009 at 4pm.

Sertai skrip drama TV RTB.

Imej
Penulisan Skrip Drama TV kini kembali lagi bagi edisi 2009-2010 bertujuan memperbanyakkan lagi skrip drama yang bermutu bagi siaran televisyen Radio Televisyen Brunei (RTB). Sehubungan itu, RTB mempelawa orang ramai terutamanya golongan penulis tanah air yang berbakat dalam penulisan skrip drama TV bagi menghantarkan karya-karya mereka. Bukan itu saja, penyertaan dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai berkarya khususnya dalam bidang penulisan skrip drama televisyen selain sebagai medan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang berkenaan. Kategori yang dibukakan bagi penyertaan adalah Drama Bersiri Kanak-Kanak selama 30 minit sebanyak 13 episod, Drama Khas Kanak-Kanak Bulan Ramadan selama 15 minit sebanyak 29 episod, Drama Bersiri Remaja selama 30 minit sebanyak 13 episod dan Drama Bersiri Bulan Ramadhan sepanjang 30 minit sebanyak 29 episod. Mereka yang berminat menyertainya boleh mendapatkan borang dan syarat penyertaan di Kaunter Penyambut Tetamu, RTB. Tarikh tutup peng

Bengkel Penyelidikan Sastera.

Imej
Saya berpeluang mengikuti Bengkel Penyelidikan Sastera yang di adakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada 25-27 Mei yang lalu. Bengkel selama tiga hari itu telah banyak memberi pengalaman baru pada saya, kerana selama ini saya memang tidak pernah mempelajari bagaimana cara menjalankan satu-satu penyelidikan sastera dengan lebih bersistematik. Terutama dari segi methodology dan merangka proposal (kertas cadangan penyelidikan) yang meyakinkan. Waktu itu, saya telah dipilih untuk mengetuai Kumpulan Dua bagi empat orang lagi peserta bengkel yang lainnya (lihat gambar) dan diarahkan untuk mengkaji bidang Sejarah Sastera. Setelah berbincang, kami telah bersependapat untuk memilih judul kajian, iaitu ‘Sastera Moden Brunei : Novel (1990-2000)’. Sebagai satu bidang yang belum pernah disentuh oleh mana-mana pengkaji sebelum ini saya fikir judul proposal yang kami pilih ini cukup munasabah. Dan kami memang telah berusaha untuk mencapai sesuatu yang terbaik untuk bengkel itu dan seterusnya

Malay literature not fully exploited.

Imej
Despite being so rich, not much has been written about Malay literature. Highlighting the works of many Malay writers, Hjh Aminah Hj Momin, the acting director of the Language and Literature Bureau, said not much has been written about literary figures such as Muda Omar' Ali Saifuddien, Yahya MS, Badaruddin HO, Adi Rumi, Wijaya, Shukri Zain, Yura Halim, Muslim Burmat, Norsiah MS, K Manis, Hashim Hamid, Patani and Rahimi AB, which can be a rich source of knowledge for all. Speaking during the closing of a Malay literature research workshop at the bureau's building yesterday, she said the main role of the bureau was to make sure that works of these figures reach to the public and that it was high time that the department started publishing books on their writings as the bureau has many award-winning writers who have promoted the image and name of Brunei. The bureau is the right place for such people to fulfil their role that is consistent with their tasks as editors, proof-reade

Research key to producing quality literature.

Imej
THE key to conducting systematic literary researches and increasing the quantity of written masterpieces lies in the foundation and basic knowledge on researching itself, said a senior Language and Literature Bureau official yesterday. Both readers and writers need to understand the language model, format of the literature and the content of the work requires the preparation of certain criteria in order for it to be prepared, said Hjh Aminah Hj Momin, director of Language and Literature Bureau. "The success of the research depends on the approaches either primarily or secondarily," she said at the opening of a Malay literature research workshop. "With the workshop, officers will be exposed to conducting systematic researches and increasing the amount of written researches," Hjh Aminah said, adding that the workshop acts as a foundation to the officers and local writers in the field of researching. She said that the workshop was organised to improve the quality of p

Nostalgia.

Imej
Ketika pertama kali membaca sajak yang saya hasilkan dengan judul ' Nostalgia ' yang terkandung dalam antologi sajak Cermin Diri terbitan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, timbul rasa kecewa di hati ini. Ia adalah disebabkan oleh salah satu perkataan atau diksi yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi ' belakangnya '. Padahal diksi asal yang saya gunakan ialah ' belanganya '. Ini secara tidak langsung telah mengubah makna atau maksud pada rangkap sajak tersebut. Hanya baru-baru ini dengan tidak disangka-sangka salah seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk penerbitan edisi terbaharu antologi sajak ini telah menghubungi saya. Ya, ia sudah tentulah mengenai kesilapan yang telah berlaku pada sajak saya itu (dan mungkin juga sajak-sajak penulis yang lainnya). Beliau mengakui, memang banyak hal yang perlu diperbetulkan sebelum ianya dapat diterbitkan semula untuk edisi seterusnya. Bayangkan. Sesudah beberapa tahun dan edisi yang ke berapa antol

Family project...

Imej
Assalamu'alaikum, My name is Norain.  My dad used to be an avid writer back in the 60's-80's. I'm planning to start a family project, i.e. kan menggumpul balik cerpen-cerpen & skrip2 drama yg pernah beliau tulis.  Unfortunately after berpindah2 rumah I cannot get any single copy he wrote.  I'm very sad. I was glad to stumble upon your website and thought perhaps you could help me (or rather lead me) to where I could start on my expedition in search for the "treasure".  Do you have any contacts in Arkib Negara or Dewan Bahasa who I can contact? Do you know if they have archived old copies of Pelita Brunei . According to my dad biasanya cerpen/skrip2 yg di tulis beliau di hantar ke censor board dulu before publishing - I hope they have a copy of some sort. My dad's pen nama was JM Yusri or Yusri. Appreciate your help. Wassalam Norain --------------------------------------------------------- Norain, memang susah bagi saya untuk

Crafty TV Writing.

Imej
Semua orang menonton televisyen, dan semua orang mempunyai satu pendapat pada apa yang membuatkan TV adalah yang terbaik. Tetapi, Alex Epstein telah menunjukkan satu panduan yang tidak ternilai, menulis untuk televisyen merupakan satu kraf atau seni yang khusus dan amat memerlukan pengetahuan serta kemahiran Epstein, adalah seorang penulis TV veteran dan telah menunjukkan dirinya sebagai seorang pencipta, menyediakan pengetahuan penting tentang keseluruhan proses penulisan televisyen, terutama bagi penulis muda dan penulis mapan yang ingin pergi jauh ke peringkat seterusnya. Crafty TV Writing akan menerangkan bagaimana untuk menyahkod struktur tersembunyi sesebuah siri TV. Epstein juga menggambarkan cara-cara terbaik untuk menjana dan menulis sesuatu peristiwa, mewujudkan watak-watak yang akan ditonton, membina dialog yang menghiburkan dan cita rasa humor. Dia menunjukkan bagaimana untuk menangani semua masalah yang bermula dari penghasilan skrip yang akhirnya akan memberi manfaat

Antologi cerpen: periode awal Brunei Darussalam.

Imej
Saya masih ingat ketika mengikuti pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dahulu, iaitu pada semester IV tahun 1991. Salah satu tugasan yang diberi ketika mengikuti kursus Cerpen Melayu ialah mencari dan membuat kajian terhadap cerpen-cerpen periode awal Brunei , khususnya dalam tahun 1950an. Kerana minat yang mendalam dan keinginan untuk lulus, melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei saya mula menemui beberapa buah cerpen lama yang diantaranya ditulis oleh A. M. Notosusanto, Dora, Tok Pawang, Abdi Sastera (setakat menyebut beberapa nama) yang sebelumnya memang tidak pernah saya kenali (kecuali beberapa orang penulis yang karya mereka masih dapat saya baca ketika itu, antaranya Adi Kelana dan Norchaya). Sesuai dengan ketetapan tugasan yang diberi, akhirnya saya telah memilih untuk mengkaji sebuah cerpen yang berjudul ‘Keistemewaan Di Tempat Kami’ karya Adityawarman, terbit dalam Salam , 2 Jun 1956. Saya sendiri tidak ingat kenap

Mulakan menulis dari sekarang...

Imej
Salam Tuan, Bila ada peluang saya suka membaca blog Tuan dan saya amat berminat untuk menulis skrip, novel dan apa2 cerita yang saya ada untuk dijadikan buku agar dapat dikongsikan kepada yang gemar membaca. Masalah saya.. untuk memulakan menulis saya tidak tahu bagaimana walaupun saya boleh dikategorikan yang banyak menyimpan cerita2 menarik dan benar untuk dijadikan bahan. Saya ingin mengikuti kursus penulis skrip atau apa saja yang bersesuaian. Saya harap Tuan dapat membantu saya dalam perkara ini. Wasalam. MariyaEya --------------------------------------------------------- Minat saudari dalam bidang penulisan adalah merupakan satu permulaan. Saudari juga sudah tentu memiliki bakat semulajadi untuk menulis, dan semua orang juga memiliki bakat begitu. Akan tetapi jika tidak diasah dan dilatih secara terus menerus bakat itu akan terpendam begitu saja. Sayang bukan. Jadi saya syorkan agar saudari mula menulis dari sekarang. Luangkan masa saudari untuk menulis, dan t

Skrip drama TV.

Imej
Saya telah dijemput oleh Unit Drama TV di Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk menulis satu episode skrip drama kanak-kanak bagi siaran tvnya. Ia adalah satu peluang yang memang tidak boleh saya tolak. Memandangkan di negara kita ini hanya mempunyai sebuah stesen penyiaran tv, maka persaingan di antara para penulis skrip drama amat dirasakan. Jika skrip kita terpilih, ini bererti peluang kita untuk melangkah jauh di bidang penulisan skrip drama akan bertambah cerah. Seperti yang diminta, saya berhasil menyediakan skrip tersebut dalam tempoh seminggu hanya dengan sedikit panduan serta format skrip yang sudah ditentukan. Saya tidak mempunyai masalah dengan bentuk cerita yang dikehendaki. Akan tetapi, apabila memperkatakan tentang format skrip, ada berbagai cara atau teknik yang digunakan – ini bergantung kepada kehendak penerbit drama tv tersebut. RTB juga memiliki format skrip yang agak mudah untuk diikuti oleh semua penulis, akan tetapi ini bukan bererti ianya boleh diterima pakai at

RTB invites local writers to compose drama script.

Imej
Radio Television Brunei (RTB) would like to welcome members of the public especially local writers to write a drama script, which will be telecast. The participation is encouraged as it gives the public the opportunity to expose their talents in the drama script industry. Participation is divided into four categories: Production of Children Series - 30 minutes x 13 episodes, Special Teenagers Drama - 30 minutes x 13 episodes, Special Ramadhan Drama (Kids) - 15 minutes x 29 episodes and the Ramadhan Production Series - 30 minutes x 29 episodes. Forms are available at the reception counter of RTB. For more information, contact, 2236855 (Direct Line) / 2243111 ext 221 during working hours.

Malam Apresiasi Drama mendapat sambutan.

Imej
Kumpulan A-One, Kumpulan Tamar, Kumpulan Naungan Seni dan Kumpulan St 23 baru-baru ini menjayakan Praktis Teater di Malam Apresiasi Drama yang berlangsung di Balai Sarmayuda Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Antara bentuk teater yang dipersembahkan pada 18 - 19 April 2009 itu adalah Teater Deviasi, Teater Muzikal, Teater Bangsawan, dan Teater Kanak-kanak yang cukup menarik semua lapisan penonton termasuk kanak-kanak. Kumpulan A-One di majlis itu mempersembahkan Hikayat Dang Emas dan Dang Perak, Kumpulan Tamar mempersembahkan Teater berjudul Bulan dan Bintang manakala Kumpulan Naungan Seni mempersembahkan Hijau dan Kumpulan St 23 pula dengan teaternya Superstar. Rata-rata teater yang dipersembahkan itu bercorak pengajaran dan nasihat yang lebih menjurus kepada gaya hidup dan peredaran zaman di negara ini selain menampilkan ciri kesenian, kebudayaan yang mencuit dan menarik perhatian penonton. Majlis dihadiri orang ramai, serta jemputan daripada kelab RAKIS dan UBD ke persembahan yang c

Peserta bengkel penulisan skrip drama kanak-kanak terima sijil.

Imej
Bengkel Penulisan Skrip Drama Kanak-kanak adalah untuk melahirkan penulis tanah air yang berpotensi dalam penulisan skrip drama kanak-kanak sama ada dalam bidang skrip drama radio, televisyen atau drama pentas. Saranan itu diketengahkan Dr Mataim Bakar pada majlis penutup dan penyampaian sijil bengkel berkenaan yang berlangsung di Bilik Patih Berbai, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama Berakas hari ini. Awal daripada itu Pengerusi dan Jawatankuasa Bengkel Penulisan Skrip Drama Kanak-kanak, Hjh Nortijah Haji Hassan dalam ucapan alu-aluannya berkata kemunculan penulis yang sedia ada itu akan memberi nilai tambah yang ketara kepada bidang kesusasteraan tanah air. "Dengan menyertai bengkel ini peserta akan dapat membiasakan diri dalam menghuraikan idea, isu semasa dan teknik penulisan skrip drama yang terarah berpandukan fasilitator dan beberapa buku rujukan," katanya. Beliau berkata penyertaan 35 penulis pada bengkel itu adalah memuaskan dan dibahagikan kepada tiga b

Laman web dan blog sastera di Brunei.

Imej
Akhir-akhir ini saya telah cuba melakukan googling bagi mencari mana-mana laman web atau blog sastera yang dimiliki oleh penulis Brunei muncul di internet. Hasilnya hanya terdapat beberapa buah laman, akan tetapi tidaklah terlalu serious kerana kebanyakan laman ini hanya mempunyai isi kandungan yang agak terhad dan lebih suka mengetengahkan karya-karya yang sudah terbit berserta coretan masing-masing . Antara lain laman web yang saya temui ialah http://mussidi.googlepages.com  yang di miliki oleh Haji Morshidi bin Haji Marsal, seorang penulis yang pernah menerima anugerah SEA Write Award, di Bangkok, Thailand. Kemudian laman web www.asterawani.20m.com yang dimiliki oleh Persatuan sasterawan dan Sasterawani, satu-satunya persatuan penulis yang wujud dan bergiat aktif di dalam memperkembangkan sastera di Brunei . Walau bagaimanapun kedua-dua laman web tersebut dilihat agak sukar untuk berkembang. Mussidi misalannya, lebih gemar memaparkan karyanya secara peribadi untuk tatapan

Seminar explores evolution of Malay literature.

Imej
The Malay literature, which has been practised over the years, should change according to the current needs and developments. This task is one of the functions of the Brunei-Indonesia-Malaysia Language Council (MABBIM), which is very much aware of the changing trends especially those related to the development of a nation. The Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports, Dato Paduka Awang Hj Jemat bin Hj Ampal said this during the opening ceremony for the 48th MABBIM Language Seminar and Conference at the Rizqun International Hotel in Gadong. Dato Paduka Awang Hj Jemat went on to say that the Malay language has shown its openness by being ready to accept any foreign terminology to be transformed into the Malay language, involving adaptations in terms of diction, and chosen method to form the words. "In line with the openness of the Malay language, which is ready to accept foreign language to complete the recipe for the current needs in life, without neglecting

Janji Gintamini – P. Binchin

Imej
Fenomena sosioekonomi dan politik yang wujud pada realiti objektif bangsa Melayu, khasnya   setelah negara memperolehi kemerdekaan, banyak dimanfaatkan oleh P. Binchin di dalam novelnya yang pertama ini. Janji Gintamini lebih berfokus kepada pembangunan intelektual dan sipiritual bangsa, iaitu nilai-nilai yang mendukung di sebalik pembangunan ekonomi dan pembangunan infrastruktur. Semangat nasionalisme dan keadilan sosial yang terpancar daripada watak Gintamini memberi kesan yang bukan sedikit dalam upaya atau peranan dalam mengubah mentaliti masyarakat daripada terus merasa dibelenggu oleh penjajahan mental yang berpanjangan, terutama dalam melihat konsep dan interpretasi pembangunan yang sebenar. Realiti yang digambarkan dalam novel ini ialah perubahan nilai yang berlaku dan pertentangan ideologi serta prinsip dalam menangani kemajuan pembangunan. Novel Janji Gintamini karya P. Binchin ini telah memenangi Hadiah Penghargaan bernilai $3,000.00 dalam Peraduan Menulis Novel Se

10-Day 'Brunei Book Fair 2009' to be organised by The Language and Literature Bureau.

Imej
"Buku Adalah Masa Depan" or Book is the Future is the theme of this year Brunei Book Fair 2009 to be organised by The Language and Literature Bureau in conjunction with the Silver Jubilee National Day celebration. The 10-day fair from Feb 27 to March 8 will be held at the Indoor Stadium in Berakas. The organiser said the fair is expected to be launched by Minister of Culture, Youth and Sports Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awg Haji Ahmad. It will coincide with the launch of more than 30 new books published by the Language and Literature Bureau. The fair aims to give an opportunity to publishers to meet and interact with distributors, book lovers, librarians, and the general public under one roof and enhance appreciation for books. Second, the fair gives opportunities and convenience to the public to gain knowledge on various book titles in a comfortable and convenient place. Third, to enhance trade cooperation and networking in planning strategies to devel

“Tentang Seorang Teman”.

Imej
“Tentang Seorang Teman” adalah judul sebuah sajak yang saya tulis sejak lima tahun yang lalu dan terbit dalam majalah sastera Dewan Bahasa dan Pustaka , Brunei - Bahana keluaran November 2008 yang lalu. Saya tidak ingat tarikh saya menghantar sajak ini ke meja pengarang, dan sebaik sahaja menerima naskhah terbaharu Bahana yang dikirim melalui mel beberapa hari yang baru lalu, serta membaca judul sajak saya yang terbit di dalamnya, saya segera teringat akan segala yang berlaku di sebalik terciptanya sajak tersebut. Ya, saya masih teringat tentang teman kita ini. Ketika itu teman kita ini bergelut dengan segala kepayahan lantaran hidupnya   yang belum mempunyai sebarang pekerjaan (penganggur). Tanpa pekerjaan sudah tentulah teman kita ini berasa sangat tertekan, walaupun pada kenyataannya ia sudah cukup bersedia untuk itu. Ternayata kelulusan akedemik sahaja tidak memadai, sehingga memaksanya untuk berusaha lebih gigih serta mengekalkan nilai-nilai moral yang ada dalam dirinya.

Asterawani holds humanitarian poetry recital.

Imej
The Angkatan Sesterawan dan Sesterawani (ASTERAWANI) recently held a humanitarian poetry recital event themed 'Suara Gaza' at the Medan Selera Sumbangsih Mulia in Beribi Industrial Complex. Among those present were the Minister of Religious Affairs, Pehin Dato Seri Utama Dr Ustaz Hj Md Zain Hj Serudin, the Deputy Minister of Education, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Hj Abd Rahman, the Syariah Court's Chief Justice, Pehin Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Yahya Hj Ibrahim, and Pg Setia Negara Pg (Dr) Hj Mohd Yusuf Pg Hj Abd Rahim, a member of the Legislative Council. In his speech, Prof Madya Dr Hj Hashim Hj Abd Hamid, the First Head of Asterawani, said that other than highlighting the various contemporary literature recital performances, the programme also held a collection of donations for the Palestinian people. All of the donations collected will be given to the Palestinian Humanitarian Fund under the Department of Community Development's management. The collecti