Janji Gintamini – P. Binchin

Fenomena sosioekonomi dan politik yang wujud pada realiti objektif bangsa Melayu, khasnya  setelah negara memperolehi kemerdekaan, banyak dimanfaatkan oleh P. Binchin di dalam novelnya yang pertama ini.

Janji Gintamini lebih berfokus kepada pembangunan intelektual dan sipiritual bangsa, iaitu nilai-nilai yang mendukung di sebalik pembangunan ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Semangat nasionalisme dan keadilan sosial yang terpancar daripada watak Gintamini memberi kesan yang bukan sedikit dalam upaya atau peranan dalam mengubah mentaliti masyarakat daripada terus merasa dibelenggu oleh penjajahan mental yang berpanjangan, terutama dalam melihat konsep dan interpretasi pembangunan yang sebenar.

Realiti yang digambarkan dalam novel ini ialah perubahan nilai yang berlaku dan pertentangan ideologi serta prinsip dalam menangani kemajuan pembangunan.

Novel Janji Gintamini karya P. Binchin ini telah memenangi Hadiah Penghargaan bernilai $3,000.00 dalam Peraduan Menulis Novel Sempena Sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Taktha.

Novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (1997) ini berharga $10.00 senaskah, akan tetapi saya hanya membelanjakan $1.50 sahaja untuk naskhah novel ini di Pesta Buku Brunei 2009 yang baru lalu.

Ulasan

syadiashare berkata…
terima kasih atas infonya