Antologi cerpen: periode awal Brunei Darussalam.

Saya masih ingat ketika mengikuti pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dahulu, iaitu pada semester IV tahun 1991. Salah satu tugasan yang diberi ketika mengikuti kursus Cerpen Melayu ialah mencari dan membuat kajian terhadap cerpen-cerpen periode awal Brunei, khususnya dalam tahun 1950an.

Kerana minat yang mendalam dan keinginan untuk lulus, melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei saya mula menemui beberapa buah cerpen lama yang diantaranya ditulis oleh A. M. Notosusanto, Dora, Tok Pawang, Abdi Sastera (setakat menyebut beberapa nama) yang sebelumnya memang tidak pernah saya kenali (kecuali beberapa orang penulis yang karya mereka masih dapat saya baca ketika itu, antaranya Adi Kelana dan Norchaya).

Sesuai dengan ketetapan tugasan yang diberi, akhirnya saya telah memilih untuk mengkaji sebuah cerpen yang berjudul ‘Keistemewaan Di Tempat Kami’ karya Adityawarman, terbit dalam Salam, 2 Jun 1956. Saya sendiri tidak ingat kenapa saya memilih untuk mengkaji cerpen ini, dan akhirnya setelah dinilai – pensyarah saya hanya memberi markah ‘B’ untuk tugasan yang telah saya buat.

Memang banyak perkara yang perlu saya teliti dan nilai terhadap cerpen-cerpen period awal di Brunei pada ketika itu. Bukan hanya setakat sebuah cerpen, malah jika perlu pada kesemua cerpen! Dan hasilnya, selepas hampir 15 tahun saya mengikuti kursus tersebut, kini barulah kita mempunyai peluang untuk membaca dengan lebih jelas bagaimana kedudukan cerpen-cerpen periode awal Brunei, iaitu setelah terbitnya Antologi Cerpen: periode awal Brunei Darussalam (DBP Brunei: 2005).

Ah, rupa-rupanya saya masih beruntung dan berasa bangga dengan usaha DBP, Brunei khususnya ketiga-tiga penyelanggara (Mas Osman, Haji Nayan Muhammad dan Munap Haji Jumahat) kerana berhasil membawa buku seumpama ini kepada khalayaknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi