Bengkel Penyelidikan Sastera.

Saya berpeluang mengikuti Bengkel Penyelidikan Sastera yang di adakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada 25-27 Mei yang lalu. Bengkel selama tiga hari itu telah banyak memberi pengalaman baru pada saya, kerana selama ini saya memang tidak pernah mempelajari bagaimana cara menjalankan satu-satu penyelidikan sastera dengan lebih bersistematik. Terutama dari segi methodology dan merangka proposal (kertas cadangan penyelidikan) yang meyakinkan.

Waktu itu, saya telah dipilih untuk mengetuai Kumpulan Dua bagi empat orang lagi peserta bengkel yang lainnya (lihat gambar) dan diarahkan untuk mengkaji bidang Sejarah Sastera. Setelah berbincang, kami telah bersependapat untuk memilih judul kajian, iaitu ‘Sastera Moden Brunei: Novel (1990-2000)’. Sebagai satu bidang yang belum pernah disentuh oleh mana-mana pengkaji sebelum ini saya fikir judul proposal yang kami pilih ini cukup munasabah. Dan kami memang telah berusaha untuk mencapai sesuatu yang terbaik untuk bengkel itu dan seterusnya akan menggunakan pengalaman yang ada dalam bidang masing-masing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi