Mulakan menulis dari sekarang...

Salam Tuan,

Bila ada peluang saya suka membaca blog Tuan dan saya amat berminat untuk menulis skrip, novel dan apa2 cerita yang saya ada untuk dijadikan buku agar dapat dikongsikan kepada yang gemar membaca.

Masalah saya.. untuk memulakan menulis saya tidak tahu bagaimana walaupun saya boleh dikategorikan yang banyak menyimpan cerita2 menarik dan benar untuk dijadikan bahan.

Saya ingin mengikuti kursus penulis skrip atau apa saja yang bersesuaian. Saya harap Tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.

Wasalam.

MariyaEya

---------------------------------------------------------

Minat saudari dalam bidang penulisan adalah merupakan satu permulaan. Saudari juga sudah tentu memiliki bakat semulajadi untuk menulis, dan semua orang juga memiliki bakat begitu. Akan tetapi jika tidak diasah dan dilatih secara terus menerus bakat itu akan terpendam begitu saja. Sayang bukan. Jadi saya syorkan agar saudari mula menulis dari sekarang. Luangkan masa saudari untuk menulis, dan tulislah apa saja bentuk dan cerita yang ada berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saudari.

Di samping itu saudari juga perlu banyak membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan bidang penulisan, khususnya penulisan kreatif. Terdapat banyak buku yang memperkatakan tentang bidang penulisan, misalnya buku-buku yang ditulis oleh Othman Puteh, Landas Kreativiti Penulisan Cerpen (DBP Kuala Lumpur: 1997), Penulisan Kreatif: Teori, Pengalaman, Cabaran (Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.: 2001) dan banyak banyak banyak lagi… Buku-buku Othman Puteh memang banyak memperkatakan tentang penulisan kreatif dari peringkat asas hinggalah kepada teori (PROMOSI: buku-buku tersebut, berserta buku dari penulis lainnya boleh saudari perolehi di Syarikat Mega, Kiulap).

Setakat ini hanya Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang ada menawarkan Kursus Penulisan Kreatif. Kursus ini terbuka kepada mereka yang sekurang-kurangnya memiliki O Level (lebih baik jika sudah ada pengalaman menulis dan karya-karyanya sudah pernah terbit). Agensi-agensi lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Radio Televisyen Brunei (RTB) selalunya hanya mengadakan bengkel penulisan kreatif (skrip!?) pada waktu-waktu tertentu sahaja. Jadi memang susah untuk kita mengikuti bengkel tersebut jika kita tidak menerima maklumat dari mereka dari masa ke semasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi