Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Ketabahan Penulis.

Imej
Saya terbaca satu berita yang masing-masing terbit dalam dua buah akhbar bertajuk Malay Author Gains 'Lifetime Aid' Thanks To Wise Donation dan Helping to Show Way Out of Poverty mengenai salah seorang penulis Brunei yang menyara kehidupan keluarganya dengan hanya bergantung kepada hasil-hasil karyanya. Berita ini menarik perhatian saya dan sekaligus menyatakan kepada kita bahawa sehingga ke hari ini rupa-rupanya masih terdapat segelintir penulis, khususnya di Brunei yang berjuang dan menghadapi cabaran hidup ini tanpa mengharapkan sesuatu kerjaya yang lebih menarik untuk mencapai sebuah kehidupan yang diimpikan.

Dokudrama 'Sebening Kasih-Nya'.

Imej
Saya berasa puas hati setelah lebih kurang satu minggu bergelut dengan idea dan permintaan dari penerbit drama di Unit Drama RTB, kerana akhirnya saya berhasil menyiapkan sebuah skrip dokudrama yang dijanjikan. Saya rasa penerbit dokudrama ini juga berpuas hati dengan judul dokudrama yang saya gunakan. 'Sebening Kasih-Nya' adalah merupakan sebuah dokudrama yang bertemakan keagamaan dan diharap akan ditayangkan melalui kaca telivisyen sempena Hari Raya Aidiladha 2009 nanti. Berikut ini, adalah sinopsis cerita dokudrama 'Sebening Kasih-Nya' yang telah saya tulis untuk pengetahuan awda; Sejak dibangku sekolah, Amirul sudah mempelajari Islam sebagai salah satu mata pelajaraan yang diminatinya. Hubungannya dengan rakan-rakan beragama Islam telah banyak mempengaruhinya untuk mendalami tentang Islam. Dan minatnya ini bertambah lagi apabila Amirul berkawan dengan Amirah sejak setahun yang lalu. Mereka sering membuat temujanji di sebuah café dan peluang ini digunakan oleh Amir