Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008

Imej
Hari ini saya telah menerima satu kad undangan ke Majlis Penyampaian Hadiah Keratif Bahana DBP-BSP bagi tahun 2008 yang dikirim melalui pos. Saya memang selalu teringat mengenai majlis yang amat bermakna ini. Bagi penulis-penulis yang pernah menyumbang sejumlah karya mereka ke majalah Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif sepanjang tahun 2008 ini, sudah tentulah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui siapakah yang akan meraih hadiah-hadiah yang disediakan. Apapun sama-samalah kita lihat dan menghadiri majlis yang akan diadakan pada Hari Sabtu 21 November 2009 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas itu nanti. Kita jumpa di sana...

Bahasa Melayu terus jadi bahasa ilmu

Imej
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) komited untuk melaksanakan visi dan misinya mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan yang relevan dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. DBP selaku institusi yang bertanggungjawab terhadap perkembangan itu kini rancak melatih warganya menangani gerbang bahasa yang menjadi sebahagian lagi kemajuan DBP mencapai misinya. Perkara itu dijelaskan pemangku pengarah DBP, Hajah Aminah Haji Momin ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pemenang kuiz radio sambutan Jubli Emas Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Brunei. Menurutnya DBP akan mencapai usia 50 tahun pada 16 September 2011 dan kini giat merancang pelbagai aktiviti bagi mendukung pemartabatan dan pemerkasaan bahasa Melayu. Baca seterusnya...

Bacaan puisi serikan majlis raya ASTERAWANI

Imej
Angkatan Sasterawan Dan Sasterawani (ASTERAWANI) mengadakan Majlis Tahlil dan Ramah Mesra Aidilfitri di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka malam Ahad yang lalu. Majlis 'dua dalam satu' itu disemarakkan lagi dengan pembacaan puisi oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain Haji Serudin yang juga dikenali dengan nama penanya, Sukri Zain pada akhir majlis. Selain beliau, anggota ASTERA-WANI, penulis dan jemputan lain juga bergilir naik ke pentas secara sukarela bagi membacakan puisi ataupun mendeklamasikan sajak pilihan masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Majlis yang julung kali diadakan oleh ASTERAWANI itu pada awalnya dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diteruskan dengan pembacaan tahlil dan ucapan alu-aluan daripada Ketua 1 ASTERAWANI, Profesor Madya Ampuan Dr Haji Brahim Ampuan Haji Tengah. Sebelum bersurai, hadirin mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain. ASTERAWANI adalah ba

Persada Puisi Pilihan Puasha

Imej
Kelmarin saya baru sahaja menerima senaskah majalah Bahana terbitan Bilangan 319 jilid 44, Jun 2009 yang dikirim melalui pos. Ternyata editor majalah Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif ini telah menepati janjinya untuk menerbitkan sebanyak enam judul sajak saya, khusus dalam ruangan 'Persada Puisi Pilihan'. Saya berasa teruja dengan terbitnya sajak-sajak ini dan berhasrat mahu mengajukan beberapa buah sajak dan cerpen lagi untuk majalah ini. Memandangkan saya sudah jarang mahu menulis dan menghantar karya saya ke majalah Bahana , saya rasa tiba masanya nanti saya juga akan dapat menghasilkan sebanyak mungkin karya-karya yang terbaik untuk majalah ini.

Second Islamic Literature Award will be held 2012

Imej
A press conference on "Anugerah Kesusasteraan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB)" was held yesterday at the multi-purpose hall of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation Complex in the capital. Yesterday's event began with an opening speech delivered by Managing Director of YSHHB, Dato Paduka Hj Ali Hashim Hj Daud who briefed the media on the background of the Islamic Literature Award that is being held for the second time, the first being held last November. The Managing Director said that based on the development of literature writing in the sultanate, particularly those with prominent Islamic characteristics and interests, YSHHB feels that the awarding of the Islamic literature Award is appropriate to honour and recognise their work in producing Islamic literature. Read More...

Award-winning author hopes to inspire women writers

Imej
The first woman from Brunei to receive the Southeast Asian Writer Sea Write) Award after a 23-year wait, Hjh Norsiah Hj Abd Ghafar, returned home Saturday night from Bangkok after attending the Sea Write Week that culminated with her receiving the prestigious prize from HRH Crown Prince Maha Vajiralongkorn of Thailand. Present at the airport to welcome her were Awang Hj Mohammad, the Acting Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports, Dayang Hjh Aminah Hj Momin, the Acting Director of Language and Literature Bureau (DBP) and staff of DBP. Hjh Norsiah said she was happy to receive the award which made her the 24th recipient of the Sea Write Award for Brunei Darussalam and the first woman from this country to do so. "I accepted the award on behalf of female writers in Brunei and hopefully it will inspire other women to do the same. "It is nothing to do with breaking the male barrier but women writers in Brunei should do their best to be on par with