Bacaan puisi serikan majlis raya ASTERAWANI

Angkatan Sasterawan Dan Sasterawani (ASTERAWANI) mengadakan Majlis Tahlil dan Ramah Mesra Aidilfitri di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka malam Ahad yang lalu.
Majlis 'dua dalam satu' itu disemarakkan lagi dengan pembacaan puisi oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain Haji Serudin yang juga dikenali dengan nama penanya, Sukri Zain pada akhir majlis.
Selain beliau, anggota ASTERA-WANI, penulis dan jemputan lain juga bergilir naik ke pentas secara sukarela bagi membacakan puisi ataupun mendeklamasikan sajak pilihan masing-masing dengan gaya yang tersendiri.
Majlis yang julung kali diadakan oleh ASTERAWANI itu pada awalnya dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diteruskan dengan pembacaan tahlil dan ucapan alu-aluan daripada Ketua 1 ASTERAWANI, Profesor Madya Ampuan Dr Haji Brahim Ampuan Haji Tengah.
Sebelum bersurai, hadirin mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain.
ASTERAWANI adalah badan penulis yang unggul di negara ini yang ditubuhkan pada 1962 dan sejak dari itu banyak mengendali dan menyertai kegiatan kesusasteraan, kebahasaan dan kebudayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Dipetik dari Media Permata

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi