Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua
Akhirnya kumpulan puisi Nokhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengumpul sejumlah 130 buah tajuk puisi yang saya hasilkan selama lebih 20 tahun kini telah dilancarkan penerbitannya hari ini. Saya rasa tidak perlulah saya mengulas lebih panjang mengenai kumpulan puisi ini, kerana saya lebih suka mendengar bagaimana komen pembaca pula. Dan untuk renungan bersama di sini saya petik prakata yang ditulis oleh Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei mengenai buku kumpulan puisi ini; Puasa Kamis, penulis novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota yang terbit pada tahun 2004 yang agak lama menyepi, kini muncul kembali dengan Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengandungi 130 tajuk puisi yang kebanyakannya pernah tersiar dalam Bahana , Pelita Brunei , dan Media Permata . Keprihatinan penulis menyingkap dan mencoretkan apa jua persoalan yang dirungkai lewat tajuk-tajuk puisi yang dijajarkan dalam kumpulan puisi ini, merupakan pengucapan y