Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Ruangan Sastera dalam Akhbar Kita

Imej
Media Permata Tidak dinafikan akhbar adalah merupakan media yang sangat berguna sekali di dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan kita di Brunei. Melalui ruangan sastera yang disediakan oleh media tersebut penulis-penulis muda kita akan dapat memperkembangkan daya kreatif mereka dengan baik, dan secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan kita dalam membentuk satu tapak yang kukuh di dalam usaha membimbing mereka ke arah matlamat bersastera yang lebih meyakinkan. Setakat ini hanya akhbar harian Media Permata dan akhbar rasmi Pelita Brunei sahaja yang ada menyediakan ruangan bagi penulis sastera kita menyalurkan bahan karya mereka dalam penerbitan. Walaupun ruangan tersebut tidak begitu menyerlah dan mampu menarik ramai di kalangan penulis muda kita untuk memberi sumbangan, akan tetapi sekurang-kurangnya ia adalah sangat bermakna dalam memberi nafas baru kepada kerancakan aktiviti bersastera di negara ini. Timbul beberapa kebimbangan jika ked