Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Cerpen dan Bayaran Saguhati

Imej
Saya sangat berminat untuk menghantar cerpen-cerpen saya ke Media Permata kerana saya minat mengarang cerita  seperti cerpen dan novel tetapi saya tidak tahu jika cerpen-cerpen saya ini bersesuaian ataupun tidak. Kalau sekiranya cerpen saya ini mempunyai unsur cinta, adakah cerpen saya akan diterima? Dan bolehkah jika saya membahagikan cerita saya yang panjang kepada cerita bersambung? Adakah syarat-syarat lain yang harus dipatuhi oleh penulis yang ingin mengarang cerpen untuk Media Permata? Dan berapakah wang saguhati yang akan saya perolehi jika cerpen saya diterbitkan di Media Permata? Erney Meria ---------------------------------------------- Sesuai atau tidak, asal namanya cerita pendek atau cerpen itu sudah cukup layak untuk terbit di mana-mana media penerbitan yang menyediakan ruangan untuk cerpen. Setiap unsur atau tema cerpen tidak semestinya ditentukan oleh penerbit, terpulang kepada setiap penulis untuk mencurahkan isi hati nurani mereka. Bukankah karya kreatif i

ASTERAWANI tuan rumah Pertemuan Penyair Nusantara Ke 4

Imej
Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei akan menjadi tuan rumah kepada Pertemuan Penyair Nusantara keempat (PPN4) yang akan berlangsung pada 16-18 Julai ini. Sebuah antologi puisi karya penyair yang mengikuti PPN4 itu nanti dijangka akan diterbitkan oleh penganjur, dan tarikh penerimaan puisi untuk terbitan tersebut ialah pada 10 Jun. Sehubungan itu, penyair tempatan yang ingin menyertai PPN4 itu nanti diminta akan dapat menghubungi pihak penganjur dengan menghantar tiga buah puisi, biodata dan sekeping gambar kepada Urusetia PPN4, Peti Surat 62, Pejabat Pos PMM, Berakas BB3577, Brunei Darussalam atau melalui email kepada asterawani@yahoo.com