ASTERAWANI tuan rumah Pertemuan Penyair Nusantara Ke 4

Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei akan menjadi tuan rumah kepada Pertemuan Penyair Nusantara keempat (PPN4) yang akan berlangsung pada 16-18 Julai ini.

Sebuah antologi puisi karya penyair yang mengikuti PPN4 itu nanti dijangka akan diterbitkan oleh penganjur, dan tarikh penerimaan puisi untuk terbitan tersebut ialah pada 10 Jun.

Sehubungan itu, penyair tempatan yang ingin menyertai PPN4 itu nanti diminta akan dapat menghubungi pihak penganjur dengan menghantar tiga buah puisi, biodata dan sekeping gambar kepada Urusetia PPN4, Peti Surat 62, Pejabat Pos PMM, Berakas BB3577, Brunei Darussalam atau melalui email kepada asterawani@yahoo.com

Ulasan