Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Majalah Bahana terbitan bulan Februari

Imej
Mulai hari ini saya ingin mengongsikan setiap keluaran isi kandungan majalah Bahana terbitan DBP, Brunei khas untuk para pembaca blog ini. Oleh kerana kita baru saja menerima majalah Bahana terbitan bulan Februari, sedangkan kita sudah berada di bulan Ogos, maka kita sebagai penulis patutlah berasa bersyukur kerana majalah ini tetap mampu bertahan dengan menerbitkan karya-karya yang terbaik. Apa yang kita harapkan ialah kita akan terus dapat berkarya dan memberi sumbangan yang sewajarnya. Sesuai dengan mottonya 'Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif', kita harap majalah Bahana akan tetap terbit (pada masanya) kerana ini akan memberi makna yang lebih besar kepada para penulis, khususnya terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu di Brunei. Berikut ialah isi kandungan majalah Bahana terbitan bulan Februari: Petikan Titah: Negaraku Brunei Darussalam. Cerpen: Buat Kali Terakhir oleh Shaza, Esei: Persoalan Masyarakat dan Moral: satu realiti dalam novel Pengabdian karya Hajah Norsiah Haj