Majalah Bahana terbitan bulan Februari

Mulai hari ini saya ingin mengongsikan setiap keluaran isi kandungan majalah Bahana terbitan DBP, Brunei khas untuk para pembaca blog ini. Oleh kerana kita baru saja menerima majalah Bahana terbitan bulan Februari, sedangkan kita sudah berada di bulan Ogos, maka kita sebagai penulis patutlah berasa bersyukur kerana majalah ini tetap mampu bertahan dengan menerbitkan karya-karya yang terbaik. Apa yang kita harapkan ialah kita akan terus dapat berkarya dan memberi sumbangan yang sewajarnya. Sesuai dengan mottonya 'Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif', kita harap majalah Bahana akan tetap terbit (pada masanya) kerana ini akan memberi makna yang lebih besar kepada para penulis, khususnya terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu di Brunei.

Berikut ialah isi kandungan majalah Bahana terbitan bulan Februari: Petikan Titah: Negaraku Brunei Darussalam. Cerpen: Buat Kali Terakhir oleh Shaza, Esei: Persoalan Masyarakat dan Moral: satu realiti dalam novel Pengabdian karya Hajah Norsiah Haji Abd. Gapar, Wadah Penyair Darussalam, Cerpen: Hari-hari Terakhir oleh Maya Brunei, Esei: Ulasan Cerpen 'Jalan Ke Rumah Ustaz' karya Haji Sawal bin Rajab oleh Siti Alizah Haji Bagol, Balada, Cerpen: pem.bukut. oleh JaBiT Abdul Aziz, Persada Pusi Pilihan oleh Haji Isa Haji Shahminan, Pairama Sastera: Pesta Buku Brunei 2010: mewujudkan bangsa dan negara yang berperadaban tinggi oleh Hidup Zain, Esei: Sastera Membina Minda Masyarakat ke Arah Kecemerlangan Tamadun Bangsa oleh Haji Sulaiman Haji Duraman, Cerpen: Wardina oleh Sharyanty Haji Md. Sharif, Sajak Merdeka, Esei: Kajian Hikayat Si Miskin oleh Haji Mariat Haji Abdullah, Cerpen: Buku Harian Seorang Gila oleh H. Mar.

Ulasan

salam sejahtera,

tahniah atas upaya memaparkan kandungan majalah Bahanakpd khalayak, ia suatu kemudahan merujuk kpd penulis yg tak sempat memiliki Bahana. Saya anggap ini suatu sokongan utk mendaulatkan bahasa dan sastera tanahair.

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini