Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Majalah Bahana bulan Mac 2010

Imej
Majalah Bahana agak terlambat untuk terbit pada bulan yang sepatutnya. Apapun, majalah ini tetap hadir sebagai santapan rohani di kalangan pembaca, penulis dan peminat karya sastera kita. Berikut ialah isi kandungan bagi terbitan bulan Mac 2010. Petikan Titah: Pendidikan Pancir Pelaburan Sepanjang Hayat, Cerpen: 2022 oleh Pengiranmetassan@yahoo.com, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Cerita Jenaka Melayu Brunei sebagai Cerminan Masyarakat oleh Fariz Ridhwan, Cerpen: Empayar Halimun oleh Munshi, Esei: Cerita Rakyat Harimau Jadian Versi Daerah Tutong: erti sebuah perkahwinan (sebuah keluarga) oleh Maslin Haji Jukin, Cerpen: Peti Kayu oleh Rusitahwati Yusof, Pantun, Pairama sastera: Norsiah Abd. Gapar Penerima The S.E.A. Write Award 2009 (Anugerah Penulis Asia Tenggara 2009) oleh Norsiah Abd. Gafar, Persada Puisi Pilihan - Sosonjan A. Khan, Cerpen: Langit Tidak Selalu Cerah oleh Aliff Fauzi, Esei: Hikayat Awang Si Kanak: analisis dari aspek latar oleh Hajah Vivi Nor'Haffizah Muhammad, C

Belajar menulis melalui majalah Writer's Digest

Menulis khususnya dalam bidang penulisan kreatif menuntut kita untuk belajar. Salah satu darinya ialah melalui bahan bacaan yang tidak hanya terbatas pada buku dan majalah dalam bahasa Melayu saja. Sedangkan kita sebenarnya mempunyai bahan bacaan yang begitu banyak jika kita mahu mencarinya dari bahasa-bahasa lain di dunia ini. Khusus dalam bahasa Inggeris, saya lebih suka memilih majalah Writer's Digest . Kadang-kadang saya juga baca majalah Writer, Writer's Journal atau Writer's Magazine . Kesemua majalah ini memang sesuai bagi mereka yang mahu belajar dan maju dalam bidang penulisan. Oleh itu, marilah kita keluar dari kepompong yang kian lama menyekat potensi kita untuk terus berkarya. Kerana jika kita hanya mahu menunggu majalah seperti ini terbit dalam bahasa Melayu, sampai bila-bilapun kita tidak akan lahir sebagai seorang penulis yang mampu menghasilkan sesuatu yang dapat dibanggakan