Belajar menulis melalui majalah Writer's Digest

Menulis khususnya dalam bidang penulisan kreatif menuntut kita untuk belajar. Salah satu darinya ialah melalui bahan bacaan yang tidak hanya terbatas pada buku dan majalah dalam bahasa Melayu saja. Sedangkan kita sebenarnya mempunyai bahan bacaan yang begitu banyak jika kita mahu mencarinya dari bahasa-bahasa lain di dunia ini. Khusus dalam bahasa Inggeris, saya lebih suka memilih majalah Writer's Digest. Kadang-kadang saya juga baca majalah Writer, Writer's Journal atau Writer's Magazine.

Kesemua majalah ini memang sesuai bagi mereka yang mahu belajar dan maju dalam bidang penulisan. Oleh itu, marilah kita keluar dari kepompong yang kian lama menyekat potensi kita untuk terus berkarya. Kerana jika kita hanya mahu menunggu majalah seperti ini terbit dalam bahasa Melayu, sampai bila-bilapun kita tidak akan lahir sebagai seorang penulis yang mampu menghasilkan sesuatu yang dapat dibanggakan

Ulasan