Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Majalah Bahana, April 2010

Imej
Keluaran majalah Bahana kali ini turut mengandungi Sisipan Khusus Lembaran MASTERA. Saya tidak sempat menyertakan isi kandungannya di sini. Jika awda ingin membaca lembaran tersebut sila dapatkannya dan kita baca bersama. Antara lain isi kandungan Bahana pada bulan ini ialah: Petikan Titah: Brunei dan Thailand Sahabat Mendalam, Sajak, Cerpen: Bukan Kerana Tidak Sayang karya Ima, Esei: Pengkaedahan Melayu: pendekatan Alamiah karya Nadiah Haji Kamis, Wadah Penyair Darussalam, Cerpen: Selamat Jalan Daddy karya Eddy, Esei: Perbandingan Tema dan Bentuk Nyanyian Rakyat Brunei dengan Nyanyian Rakyat Sastera Melayu Tradisional karya Mohammad Rainie Haji Durani, Cerpen: Bila yang Pahit Itu Manis karya Pungguk Hijau, Monolog: Bila Hati Ingin Memiliki karya Mardiah HAG, Pairama Sastera: Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Bersama Penulis-Penulis karya Sharyanty Haji Md. Sharif, Persada Puisi Pilihan: Haji Bujang HMN, Syair, Esei: Perulangan Diksi Kumpulan Puisi Pemasyuran: sebuah keindah

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

Imej
Ini adalah kali pertama saya berjalan jauh dari bumi Negara Brunei Darussalam sesudah mencapai usia empat puluh tahun, dan kurang lebih dua puluh lima tahun melibatkan diri sebagai seorang penulis. Dalam tempoh tersebut saya tidak terfikir untuk berjauhan dari keluarga, kampung halaman dan Negara Brunei Darussalam yang saya cintai. Timbul rasa rendah diri di hati saya bahawa inilah takdir yang tidak dapat kita tentukan. Tanpa disangka-sangka, saya telah menjadi ‘tetamu’ di bumi Indonesia dan seterusnya menerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA yang diberikan menerusi aktiviti dan ihsan MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA) pada hari tersebut. Berasal dari sebuah keluarga yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang penulisan kreatif, atau bidang akademik yang lainnya, saya mempunyai prinsip dan disiplin yang begitu banyak mempengaruhi kehidupan saya. Sebagai seorang penulis, prinsip dan disiplin itu juga telah menjadik