Antologi Cerpen dan Puisi: Mitos Pencarian [Hadiah Kreatif Bahana 1998-2001]

Antologi cerpen dan puisi Mitos Pencarian memuatkan 19 buah cerpen dan 38 buah sajak termasuk haiku, pantun, dan syair yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana bagi tahun 1998, 1999, 2000, dan 2001. Antologi ini adalah lanjutan daripada antologi 'Sungai Siarau' yang memuatkan cerpen-cerpen dan sajak-sajak yang memenangi Hadiah Kreatif Bahana tahun 1994, 1995, 1996, dan 1997.

Walaupun sejak akhir-akhir ini kepelbagaian aliran penulisan amat ketara, namun kecenderungan dan dinamisme ke arah aliran muktahir semakin mendapat perhatian. Aliran hiper modenisme ini beransur-ansur digemari untuk mengisi ruang pascamodenisme yang melatari perkembangan sastera tanah air.

Penulis berpotensi yang meraih sebarang kejayaan, selalunya menumpukan usaha menghasilkan karya sama ada cerpen, sajak, novel, dan seumpamanya melalui bakat dan kekuatan minda dengan memberikan tumpuan komponen-komponen sastera seperti teknik pengolahan, gaya bahasa, penampilan mesej, penonjolan perwatakan, kesatuan cerita, penemuan pemikiran, dan struktur-struktur lain yang berkaitan antara satu sama lain.

Objektif karya pemenang ini diantologikan ialah bagi memudahkan para pembaca dan penelaah sastera menikmati dan membuat perincian tentang nilai sastera yang diutarakan. Ini bersesuaian dengan salah satu matlamat jabatan ini (Dewan Bahasa dan Pustaka) untuk menerbitkan bahan-bahan bacaan yang bermutu dan mencerna minda masyarakat. 

[Petikan dari Prakata buku antologi cerpen Mitos Pencarian oleh Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi