Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-5

Pertemuan Sasterawan Brunei (PSB) akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 2-3 Muharram 1432 bersamaan 8-9 Disember 2010 yang akan datang bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Pertemuan ini adalah merupakan kegiatan kebangsaan dan ia merupakan satu pertemuan besar dan tinggi nilainya kepada anak bangsa Brunei terutama yang sama-sama terlibat dalam mengangkat martabat, mengembang majukan sastera dan mengharumkan nama negara.

Pertemuan pada tahun ini merupakan pertemuan yang lebih bermakna sejak bermulanya pertemuan pertama pada tahun 2001 iaitu Pertemuan Penulis Brunei ke-1 (PSB).

Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-5 (PSB Ke-V) diungkayahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan dengan kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam sama-sama mengangkat martabat sastera Melayu.

Pertemuan yang diungkayahkan kali ini merupakan sebagai pentas arena penulis-penulis tanah air bagi sama-sama mengongsikan pengalaman sepanjang penglibatan mereka di pertemuan atas persidangan peringkat lokal, serantau dan antarabangsa.

Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-5 ini akan mengangkat seorang tokoh elit sasterawan Diraja iaitu Muda Omar 'Ali Saifuddien. Pertemuan ilmu yang menyemarakkan semangat cintakan raja diungkayahkan dengan mengambil sukut baik usaha Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien dalam mengangkat dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Selain itu, usaha tersebut adalah bagi mengangkat penyair Diraja memperlihatkan usaha mengukuhkan tradisi sastera melayu dan hubungannya dengan Istana.

Pertemuan kali ini khusus menggarap pemikiran dalam syair-syair Al-Marhum dengan merujuk kepada pengiktirafan Al-Marhum sebagai tokoh Sasterawan Islam Brunei.

Ulasan