Segmen Bahasa dan Sastera di Rampai Pagi RTB
Ketika diwawancara dalam Segmen Bahasa dan Sastera di rancangan Rampai Pagi RTB, Isnin 11 Oktober yang lalu saya sempat juga ambil gambar bersama pengacara rancangan. Pertama kali masuk dalam rancangan ini memberi satu pengalaman yang menarik sekali bagi saya, sebab selalunya kita hanya duduk sebagai penonton di rumah ataupun di pejabat. Jika tidak disebabkan saya ini diberi penghargaan sebagai penerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA Brunei Darussalam di Jakarta, Indonesia yang baru lalu, sudah tentulah peluang ini tidak dapat saya rasakan dan bercakap mengenainya di khalayak ramai. Kepada rakan-rakan penulis muda yang lainnya, saya harap mereka juga mempunyai peluang begini di masa yang akan datang - teruskan usaha dan selamat berkarya.
Ulasan