Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Peraduan Menulis Novel Islam

Imej
Peraduan Menulis Novel Islam sempena 25 Tahun Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah 1985-2010 akan ditutup penyertaannya pada hari Khamis 30 Disember 2010.  Peraduan yang julung kalinya diadakan oleh Pusat Dakwah Islamiah ini terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Brunei yang berumur 18 tahun ke atas dengan menggunakan tulisan rumi bahasa Melayu tidak kurang dari 30,000 patah perkataan. Juara akan membawa pulang wang tunai $12,000, manakala naib juara $8,000 dan pemenang ketiga pula $5,000. Setiap pemenang hadiah penghargaan pula akan mendapat wang tunai $2,000.   Borang penyertaan dan keterangan lanjut peraduan boleh diperoleh daripada Urus Setia Peraduan Menulis Novel Islam Sempena Jubli Perak Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah di Pusat Dakwah Islamiah, Jalan Kebangsaan, Kampung Pulaie, Berakas BB 4310 dan dari Unit Dakwah di setiap daerah.

Seminar, Bengkel dan Festival Pantun MASTERA 2010

Imej
Seminar, Bengkel dan Festival Pantun MASTERA 2010 adalah yang disepakati sebagai kegiatan MASTERA Brunei Darussalam yang diselanggarakan oleh MASTERA Brunei Darussalam dengan kerjasama MASTERA Indonesia dan MASTERA Malaysia. Projek lintas budaya itu adalah usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Melayu di Nusantara khususnya Pantun Melayu. Usaha itu juga dapat memperkaya khazanah Pantun Melayu di kalangan belia negara yang memberi peluang kepada pesertanya untuk menghadiri seminar sehari suntuk, diikuti dengan bengkel dan festival pantun di Daerah Temburong dan Daerah Belait. Seminar telah berlangsung pada hari ini, Rabu 15 Disember 2010 di Balai Syarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemakalah seminar adalah terdiri daripada pakar-pakar pantun dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura, di antaranya ialah Prof. Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid, Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhamad, Awang Haji Mohd. Yassin bin Haji Hassan, Prof. Dr. Ayu Sutarto, Hajah Zaiton bint

Majalah Bahana terbitan bulan Julai 2010

Imej
Berikut adalah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan Julai 2010. Petikan Titah: Masjid Jangan Malap Bisa Dijauhi Masyarakat, Cerpen: Pengalaman di Masjid Nabawi oleh Haji Awang Mohammad Haji Timbang, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Melahirkan Sebuah Skrip Drama Televisyen Kanak-Kanak oleh Haji Md. Hussain Abdul Rahman, Cerpen: Hujung Jalan oleh Balqis Basyarah, Esei: Folklor Lisan Cerita "Wasai Bedanu": Virus "Iri Hari" oleh Maslin Haji Jukim, Pairama Sastera: Pelancaran Laman Web Sasterawan Brunei, Pameran Media Sastera, dan Pementasan Teater: Wadah Pengkarya oleh Hidup Zin, Persada Puisi Pilihan: HM Tasra, Cerpen: Rama-Rama di Tapak Tangan oleh Maya Brunei, Balada, Esei: Pewarnaan Islam dalam Sajak "Pada-Mu Hidup Matiku" oleh Mas Malinja oleh AS, Gurindam, Cerpen: Penyesalan oleh Zura, Syair, Esei: Drama "Pancir Kesatria Tongkat Negara": cerminan patriotisme Karya A. Rahman Yusof oleh Nadiah Haji Kamis, Pantun, Monolog: Sindir Kasih Menyi