Peraduan Menulis Novel Islam

Peraduan Menulis Novel Islam sempena 25 Tahun Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah 1985-2010 akan ditutup penyertaannya pada hari Khamis 30 Disember 2010. 

Peraduan yang julung kalinya diadakan oleh Pusat Dakwah Islamiah ini terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Brunei yang berumur 18 tahun ke atas dengan menggunakan tulisan rumi bahasa Melayu tidak kurang dari 30,000 patah perkataan.

Juara akan membawa pulang wang tunai $12,000, manakala naib juara $8,000 dan pemenang ketiga pula $5,000. Setiap pemenang hadiah penghargaan pula akan mendapat wang tunai $2,000.
 
Borang penyertaan dan keterangan lanjut peraduan boleh diperoleh daripada Urus Setia Peraduan Menulis Novel Islam Sempena Jubli Perak Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah di Pusat Dakwah Islamiah, Jalan Kebangsaan, Kampung Pulaie, Berakas BB 4310 dan dari Unit Dakwah di setiap daerah.

Ulasan

Nora Isfah berkata…
Assalam... Saya ingin bertanya mengenai dengan peraduan novel yang tersebut di atas sekiranya abiskita mengetahui apa-apa perkembangan semasa berkenaan dengannya...

1. Bilakah tarikh pengumuman bagi mengetahui para pemenangnya?

2. Adakah cerita novel yang menang akan diterbitkan atau bagaimana?

Sekian terima kasih...
Siti Nurdahlia berkata…
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
sekiranya tahun ni diadakan lagi peraduan menulis novel Islam sia maklumkan pada saya melalui e-mail: ukhwahfillah@hotmail.com

syukran jazilan.