Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ketika ini Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang membukakan penyertaan bagi Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar DBP dan Majalah Juara Pelajar DBP, Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP, dan Peraduan Menulis Rencana Beriga sempena Jubli Emas (50 Tahun) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011). Murid-murid, penulis-penulis dan orang ramai yang berminat untuk menyertai peraduan-peraduan tersebut bolehlah mendapatkan borang penyertaan melalui terbitan majalah Mekar, Juara Pelajar, Bahana, dan Beriga.

Ulasan

Nur_hayma92 berkata…
Assalamualaikum...
adakah penyertaan pertandingan ini terbuka kepada warga brunei sahaja?
bolehkah rakyat Malaysia turut menyertainya?
Puasha berkata…
Nur_hayma92

Peraduan ini hanya dibukakan kepada warga negara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
aylin berkata…
as salam
apakah maksud tema peraduan menulis karangan antara mekar dan juara,iaitu bebas?tajuk nya bebas atau kami bebas memilih apa saja tajuk nya untuk di hantar ke peraduan menulis karangan?
Puasha berkata…
aylin. Bebas bermaksud kita boleh mengemukakan apa saja judul atau tajuk yang dipilih dalam karangan kita itu
aylin berkata…
as salam kn bertanya apa maksudnya dengan jarak langkau dua baris tu?maksudnya double line spacing kah? maaf bertanya lagi
shiela of kb berkata…
Masih kah lagi di buka borang permohonan bagi mendapatkan buku bahana? Walaupun dalam bulan april ini?Kerana saya sudah bertanyakan perpustakaan di kb,malangnya mereka tidak ada buku bahana yang terbaru?
Puasha berkata…
Borang-borang peraduan menulis masih boleh diperolehi melalui majalah Mekar, Juara Pelajar, Bahana dan Beriga sahaja, sehingga pada tarikh tutup penyertaan iaitu pada hari Khamis, 30 Jun 2011
Mas76 berkata…
Soalan saya apakah Tema 'Sempena Jubli Emas 50 tahun 2011'.Dan kalau tidak keberatan menerangkan maksudnya.Terima Kasih.
Puasha berkata…
Tidak ada tema khusus untuk peraduan menulis Sempena Jubli Emas 50 Tahun penubuhan DBP ini. Tapi antara tujuan yang ingin dicapai oleh DBP ialah, memantapkan penulis-penulis yang sedia ada di samping melahirkan penulis baru yang berpotensi dalam menghasilkan karya-karya yang bersifat kreatif; menyingkap pemikiran ke arah membentuk jati diri dalam berkarya; menggerak dan membangun minda penulis supaya lebih dinamik dan kreatif; mendedahkan penulis dengan dunia kekreatifan dan keintelektualan; dan lain-lain...
Tanpa Nama berkata…
kan bertanya, yang peraduan beriga atu, nada limit perkataan nya ka? adakah eriga ini tajuknya hanya memfokuskan kepada bahasa sahaja?
Puasha berkata…
Beriga adalah jurnal khusus bagi terbitan rencana-rencana umum, seperti kemasyarakatan, kebudayaan, sejarah, pendidikan dan seumpamanya. Walau bagaimanapun penyertaan bagi peraduan menulis rencana Beriga telahpun tamat pada 30hb. April yang lalu...
Tanpa Nama berkata…
bagaiman pula menulis cerpen?adakah mempunyai batasan dari segi perkataannya?
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum...
kan bertanyakan beberapa kemuskilan tentang peraduan menulis karangan di majalah mekar..
1. apa saja yg perlu disertakan selain cap sekolah perserta berkenaan apakah perlu disertakan juga surat pengesahan dari guru bahasa melayu?
2. apakah maksudnya tidak kurang dari 120 patah perkataan?kerana saya telah pun menulis melebih dari 120..tetapi cikgu saya memarahi saya dan menyuruh saya membuat balik dengan 120 patah perkataan...adakah salah jika saya membuat sampai 200 patah perkataan?
itu saja yg hendak saya tanyakan..harap dpt jawapan secepat mungkin trima kasih..
Puasha berkata…
Sila hubungi terus pihak Setiausaha peraduan di DBP, Brunei melalui talian telefon (seperti yang tertera dalam poster) bagi setiap pertanyaan atau kemuskilan awda.

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini