Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Tiga Sebab Mengapa Kita Perlu Berhenti Menulis.

Imej
Ada masanya kita perlu berhenti dari menulis dan menerbitkan sebarang karya terbaru. Saya ada tiga sebab; pertama ialah kerana kita memerlukan ruang untuk merenung kembali tentang apa yang pernah kita tulis, dan mendengar segala kritikan; kedua ialah kerana kita memerlukan ruang untuk membaca, dan mempelajari karya penulis lain; ketiga ialah kerana kita memerlukan ruang untuk memperolehi nafas baru bagi menghasilkan karya yang lebih baik dari yang pernah kita hasilkan selama ini.

Skrip Drama TV.

Imej
Sejak akhir-akhir ini saya lebih suka menulis skrip drama tv daripada menulis cerpen atau pun sajak. Tidak tahulah kenapa semangat saya lebih ke sana. Kalau diikutkan, cerpen adalah genre yang terawal ketika saya mula melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif. Selepas itu, sajak dan novel. Dan sekarang ini saya sudahpun mempunyai tiga buah buku bagi ketiga-tiga genre tersebut. Untuk skrip drama tv, saya rasa dalam sedikit masa lagi saya juga mungkin akan mempunyai sebuah buku lagi untuk genre ini.

Kumpulan Sajak 'Pakatan': masih bersesuaian untuk kita renungkan bersama.

Imej
Saya berasa beruntung kerana masih menyimpan dan membaca naskah kumpulan sajak Pakatan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei tahun 1976. Sajak-sajak yang terkandung di dalamnya jelas masih bersesuaian untuk kita renungkan kembali. Apa kata kita ikuti petikan dalam kata Pendahuluan kumpulan sajak ini sebagai ingatan bersama.
"Para penya'er tidak dapat lepas daripada pengaroh alam keliling-nya dan perchekchokan dunia sa-jagat. Pakatan telah memuat sajak2 yang menyuarakan 'pandangan2' para penya'er terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi di-sakeliling mereka. Mereka telah membisekkan rasa chinta terhadap tanah ayer dan bangsa, membayangkan pandangan, perasaan dan impian masing-masing. Demikian juga dengan masa'alah2 sa-jagat: kebebasan dan perdamaian. Mereka telah melaungkan supaya perdamaian sa-jagat segera terchipta dan di-pertahankan". [Pakatan. DBP, Brunei 1976. hal. vii]

Majalah BAHANA, Februari 2011

Imej
ISI KANDUNGAN: Petikan Titah: Menghayati Sunah Rasulullah: Penyakit Menular Dapat Dibanteras, Cerpen: Air Mata Darah oleh Maya Brunei, Esei: Novel Janji Gintamini: Neokolonialisme oleh Mohd. Khairol Nazwan Karim, Wadah Penyair Darussalam, Cerpen: pe.tang. oleh JaBit Abdul Aziz, Esei: Falsafah dalam Sastera: Bicara Erti dan Nilai Kehidupan oleh Sahlan Mohd. Saman, Pairama Sastera: Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2009: Mewajahi Penulisan di Bumi Kelahiran Brunei Darussalam oleh Hidop Zin, Persada Puisi Pilihan: A. R. Romzi, Cerpen: Maafkanlah Dosa Ibu... oleh Noraliza Abd. Rahman, Pantun, Esei: "Batu Belah Batu Bertangkup": Isu-Isunya oleh Maslin Haji Jukim, Haiku, Cerpen: Dilema Seorang Ibu oleh Siti Nor Rena Saiman, Sajak Merdeka, Titipan Warga Emas: Terkenang Sekolah Melayu Lela Menchanai oleh Haji Sulaiman Haji Duraman, Sketsa: Mai... Di... Kaa... oleh Ali Bakhtiar, Balada dan Drama: Mahsuri Sebuah Tragedi (adaptasi daripada Legenda Pulau Langkawi) oleh Ena Herni Wasli.

Majalah BAHANA, Januari 2011

Imej
ISI KANDUNGAN: Petikan Titah: Kita Perlu Berpijak di Bumi Nyata, Cerpen: Arus Kehidupan oleh Khairul Bariah Haji Hishamuddin, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Unsur Pertautan dan Keseimbangan dalam Pantun Melayu oleh AS, Cerpen: Mulut Buaya Si Mulut Naga oleh A'alya Iqasya, Persada Puisi Pilihan: Dino M. N., Sajak, Pairama Sastera: Teater Bangsawan "Keris Menjadi Saksi" Satu Dimensi Baru dan Cetusan Pemikiran Pencinta Seni oleh Zwan, Esei: Contoh-contoh Keterikatan antara Sastera Rakyat dengan Sastera Klasik Melayu yang Bertulis oleh Balqis Basyarah, Pantun, Cerpen: Jangan Lupa oleh Chong Ah Fok, Haiku, Esei: Moral dalam Novel Mangsa Karya Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah oleh A. Amin Jamaluddin, Cerpen: Dosa oleh Awie dan Balada.

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi