Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua rakan-rakan penulis, khususnya bagi mereka yang beragama Islam, dan kepada semua pembaca blog Puasha Menulis @ the beginning yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini sejak dari mula lagi. Semoga kita akan lebih produktif dalam menulis dan menghasilkan karya-karya yang terbaik demi perkembangan bahasa dan sastera tanah air yang kita cintai ini. Mohon maaf zahir dan batin.

Anak Lembu Kita Sudah Hilang.

Imej
Saya sudah lama tidak menulis untuk Mekar, majalah pelajar pembawa semangat baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh kerana majalah itu adalah penerbitan yang pertama memuatkan hasil-hasil tulisan saya ketika mula mahu bergelar menjadi penulis, maka saya kembali menulis untuknya dengan sebuah cerpen yang berjudul Anak Lembu Kita Sudah Hilang . Mungkin ada di antara pembaca Mekar yang masih ingat dengan karya-karya saya, yang pada suatu ketika dahulu masih di bangku sekolah, kini telah menjadi seorang dewasa bersama-sama karya-karya tersebut. Jadi untuk tidak melupakan mereka, saya berasa ada baiknya saya kembali menulis untuk majalah itu lagi. Saya harap cerpen Anak Lembu Kita Sudah Hilang yang terbit di majalah Mekar, Julai 2011 ini akan menjadi nafas baru bagi saya untuk terus memberi sumbangan dan berkarya. Selamat membaca...