Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Siri Kuliah Sastera Bandingan XIV 2011

Imej
Pada kali ini saya berpeluang juga menghadiri Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XIV 2011 yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Kuliah ini disampaikan oleh Prof. Dr. Ayu Sutarto seorang pensyarah di Fakultas Sastra, Universiti Jember, Indonesia yang juga ahli MASTERA Indonesia dengan menyampaikan kuliahnya yang bertajuk "Sastera Bandingan dan Sejarah Sastera".
Untuk tajuk siri kuliah pada kali ini, saya sangat tertarik sekali dengan penekanan Prof. Dr. Ayu Sutarto tentang Sastera Bandingan kita pada hari ini dan yang akan datang, iaitu telaah sastera bandingan seharusnya tidak boleh dilepaskan dari sejarah sastera, kerana sastera berbicara tentang perjalanan perasaan dan fikiran manusia dari zaman ke zaman, dan menggunakan bahasa sebagai mediumnya.
Pada saat ini, disedari atau tidak, peradapan manusia telah mulai berubah dari suatu peradapan yang dijaga oleh nilai-nilai yang diusung metanarasi menjadi suatu peradapan yang tertumpu kepada kepent…

Pantaran Sastera DBP 2011

Imej
Terus terang saya katakan, saya memang jarang menghadiri acara yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini sejak enam tahun yang lalu. Kehadiran saya dapat dihitung dengan jari, dan hari ini saya berpeluang juga menghadirinya semata-mata kerana ingin bertemu dengan penulis-penulis tanah air dan keinginan untuk mengetahui kegiatan yang berlaku di sekitar bahasa dan sastera tanah air kita ini dalam suasana yang begitu santai.
Menariknya kegiatan Pantaran Sastera DBP 2011 pada kali ini disajikan dengan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan-Peraduan Kegiatan Festival Bahasa dan Sastera yang telah dilaksanakan bermula bulan Mei 2011 hingga bulan Julai 2011 bagi mengemakan Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011) yang lalu. Saya ucapkan tahniah kepada para pemenang hadiah, dan berharap ianya akan memupuk semangat dan cinta kita terhadap bahasa, sastera dan budaya di negara ini.

Antologi Sajak 'Suara Dari Pantai' karya Noorhamy

Imej
Oleh kerana didorong rasa ingin tahu, saya beli antologi ini pada harga $5.00 di salah sebuah kedai buku di Sengkurong. Antologi ini diterbitkan oleh Badan Kebudayaan dan Kesenian (B2K) Tutong, 2011. Sehingga kini rasa ingin tahu saya masih saja menuntut saya untuk membacanya, walaupun untuk beberapa minit atau beberapa muka surat atau sebuah dua sajak yang terkandung di dalamnya. Saya benar-benar mengharapkan sesuatu yang terbaru dari penyair ini; sesuatu yang lain dari yang lain; dan luar biasa dari yang biasanya kita baca dan nikmati dari kebanyakan penyair-penyair tempatan kita, apatah lagi jika antologi itu dihasilkan oleh seorang penyair yang sudah sekian lama menulis dan menyuarakan hati nuraninya.

Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi