Antologi Sajak 'Suara Dari Pantai' karya Noorhamy

Oleh kerana didorong rasa ingin tahu, saya beli antologi ini pada harga $5.00 di salah sebuah kedai buku di Sengkurong. Antologi ini diterbitkan oleh Badan Kebudayaan dan Kesenian (B2K) Tutong, 2011. Sehingga kini rasa ingin tahu saya masih saja menuntut saya untuk membacanya, walaupun untuk beberapa minit atau beberapa muka surat atau sebuah dua sajak yang terkandung di dalamnya. Saya benar-benar mengharapkan sesuatu yang terbaru dari penyair ini; sesuatu yang lain dari yang lain; dan luar biasa dari yang biasanya kita baca dan nikmati dari kebanyakan penyair-penyair tempatan kita, apatah lagi jika antologi itu dihasilkan oleh seorang penyair yang sudah sekian lama menulis dan menyuarakan hati nuraninya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya salah seorang peminat sajak..setentunya hasil2 karya org2 kitani ani memberikan inspirasi baru kepada para pembaca dam peminatnya,tapi untuk menarik minat orang2 muda kitani supaya lebih tertarik dan mengambil tahu mengenai hasil karyawan org2 Brunei ani setentunya mesti ada sesuatu attractionkan..,saya cuma kurang berminat dengan cover bukunya..agak kurang menarik pada pandangan mata saya..( inda tau pandangan org lain....)agak2nya dorg boleh menggunakan gambar2 yg bersesuaian yg boleh didapati dari photographer2 Brunei ( yg sememangnya berlambak sudah masa ani.),tujuannya supaya covernya yg menarik akan lebih menyerlah seperti isinya jua...

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini