Malas membaca, tapi mahu jadi penulis!

Seorang rakan telah meminta saya memberikan bimbingan dan membaca naskah novel yang dihasilkannya. Katanya, dia memang gemar menulis, dan naskah novel yang diperlihatkan kepada saya ini adalah merupakan langkah awalnya untuk melatih diri sebelum menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif secara serious

Saya hanya memerlukan masa selama beberapa hari untuk menunaikan permintaannya, dan mengembalikan naskah novelnya itu berserta dengan pembetulan dan komen yang saya harap akan memberi panduan untuknya memperbaiki naskah novelnya itu.

Antara lain saya juga telah menerangkan beberapa unsur yang perlu ada dalam proses penghasilan sesebuah novel, bahan atau subjek yang perlu ada dan yang tidak perlu ada dalam naskah novelnya itu, dan termasuk teknik-teknik dalam penulisan novel.

Satu perkara yang sangat membimbangkan saya ialah rakan saya ini adalah seorang pemalas, kerana katanya dia malas meluangkan masanya untuk membaca, tapi mahu jadi seorang penulis. Jika beginilah caranya, saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya buat dan apa yang akan saya tulis jika saya sendiri tidak rajin membaca. 

Saya harap dia akan lebih dapat memahami tentang apa yang telah saya perkatakan ini, kerana seseorang yang menginginkan sesuatu itu haruslah dengan ilmu, dan ilmu pengetahuan itu boleh saja diperolehi dengan memperbanyakkan lagi bahan pembacaannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi