Apabila 'kerja menulis' Dijadikan Sebagai Kerjaya.
Salina Salleh dan karya novelnya. Pada umumnya sesetengah orang beranggapan kerjaya sebagai penulis tidaklah menjanjikan pulangan yang menarik, terutama dari segi kemudahan asas dan kemudahan ekonomi yang lainnya. Oleh sebab itu kebanyakan penulis lebih selesa untuk mempunyai jawatan atau pekerjaan tetap, sama ada di sektor swasta atau sektor awam sehingga kerja-kerja menulis dijadikan sebagai kerjaya kedua atau secara sambilan sahaja. Namun bagi Salina Salleh, seorang penulis wanita tempatan yang kini terkenal dengan novelnya Wajah Seiras Cinta terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad, Kuala Lumpur lebih suka memilih untuk berkerjaya sebagai seorang penulis sepenuh masa sebagi kerjaya utamanya. Ketika dihubungi melalui mesej rangkaian sosial Facebook, Salina menyatakan, "Saya yakin bahawa bila kita mahukan karya penulisan yang berkualiti dan terdaftar sebagai sebuah masterpiece insyaAllah, kita wajib menjadikan kerjaya penulisan ini sebagi medan untuk cari makan dan tidak terika