Empat buku panduan penulisan kreatif.
Apabila seseorang itu berniat mahu menjadi seorang penulis kreatif, satu hal yang perlu ada dalam hatinya ialah belajar. Begitu juga dalam soal mempelajari serba-serbi penulisan kreatif, kita perlu mempunyai pengetahuan asas yang berkaitan, misalnya dalam penghasilan puisi, cerpen dan novel. Sejak mengadakan bimbingan menulis melalui blog ini, saya dapati puisi, cerpen dan naskah novel yang sampai ke tangan saya mempunyai kelemahan dan kekurangan yang hampir serupa, baik dari aspek teknik atau format penaipan, mahupun dari aspek teknik penciptaan karya itu sendiri. Kelemahan dan kekurangan itu paling ketara sekali di kalangan bakat baru yang ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan kreatif. Oleh yang demikian, untuk catatan saya pada kali ini, saya cuba mengongsikan empat buah judul buku panduan penulisan kreatif yang saya rasa perlu dibaca oleh calon penulis bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. 1 . Pengalaman Puisi oleh Muhammad Haji Salleh (DBP, Kua