Berkarya, dan bermimpi indah...

Saya sentiasa mengingat-ingati setiap apa yang pernah saya tulis, dan ternyata semuanya mendatangkan hasil yang membanggakan juga. Justeru itu seboleh-bolehnya saya akan berusaha untuk terus menulis, sekalipun ianya berupa nota-nota rengkas atau serangkap sajak di lembaran-lembaran nota yang akhirnya hilang dan terdampar entah ke mana. Cerpen atau sajak saya sudah jarang lagi terbit di surat khabar, atau di majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Sebabnya, saya sendiri tidak lagi berasa teruja untuk menghantar dan melihat karya saya terbit begitu sahaja tanpa memperolehi feedback dari pembacanya. Karya-karya saya mungkin hanya sesuai untuk disimpan begitu saja, dan terbit apabila ada kelebihan ruang untuknya, apabila tidak ada sebuah karyapun dari rakan-rakan penulis yang lainnya, apabila tidak ada sebuah karyapun menjadi yang terbaik dari karya saya sendiri; maka adalah lebih baik apabila ianya terbit jika ada orang yang mahu memahami tentang apa yang tersurat dan tersirat. Jika tidak, rasanya saya akan lebih selesa berdiam diri sahaja, dan tidur lelap di sepanjang waktu bersama mimpi-mimpi indah yang pastinya sangat susah untuk digambarkan kini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
feedback memang ada tapi mungkin dalam bentuk lisan saja..setiap kali saya membaca karya seseorang..saya akan menilai dan cuba memahami apa yang disampaikan.....semoga terus berkarya.

>silent reader

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini