Flash Fiction: Putera Katak Brunei dan 'Fiksi Mini'nya

Flash Fiction (atau fiksyen kilat) adalah salah satu gaya dalam sastera yang ditulis secara ringkas dan pendek. Tidak ada definisi yang diterima secara meluas mengenainya, dan beberapa orang penulis mengatakan ianya ditulis antara serendah 300 hingga 1,000 patah perkataan sahaja.

Nama-nama lain untuk flash fiction ialah sudden fiction (atau fiksyen secara tiba-tiba), fiksyen-mikro, cerita-mikro, cerita pendek, fiksyen poskad dan cerita pendek pendek. Istilah flash fiction sudah mula digunakan pada tahun 1990an. Antara penulis yang terkenal dengan genre ini ialah Franz Kafka, Yasunari Kawabata, Ernest Hemingway, Arthur C. Clarke, Ray Bradbury dan banyak lagi. Pada masa ini flash fiction lebih cenderung dimajukan dan dipopularkan oleh Jacques Fuentealba, Vincent Bastin, Gechter Oliver, Batalion Stephane dan Berthiaume Laurent.

Manakala di Brunei, kita juga sudah melihat antaranya ialah Fiksi Mini yang dihasilkan oleh Putera Katak Brunei yang sehingga sekarang dapat kita ikuti dan baca bersama melalui https://www.facebook.com/putera.katak.3 Pada waktu catatan ini ditulis, Putera Katak Brunei telah menghasilkan sejumlah 152 episod fiksi mini, dan ini adalah merupakan satu perkembangan yang sangat menarik dari penulis dan dunia penulisan kreatif tempatan kita.

Ulasan

Jaaffar Munasip berkata…
Salam Sdr Puasha,
bagi saya fiksyen mikro lebih menarik kerana ianya tidak melebihi 400 perkataan. Lebih mencabar...

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi