Penulis dan Publisiti

Tidak tahulah bagaimana penulis tanah air kita akan dapat memartabatkan, mengembangkan, memajukan dan sekaligus memasyarakatkan karya-karya Sastera Melayu di negara ini ke tahap yang lebih membanggakan; lebih dikenali oleh pembacanya, jika penulis kita masih tetap berselindung di sebalik karya dan nama mereka sahaja di zaman kemajuan IT ini - TIDAK MAHU PUBLISITI! 

Saya rasa, seperti bidang seni yang lainnya (penyanyi, pelakon, pemain bola dan lain-lainnya), penulis juga perlu publisiti publisiti publisiti dan penulis itu sendiri perlu tampil dan berusaha berusaha berusaha memperkenalkan karya-karya mereka di mata masyarakat tanpa mengharap dan menunggu pihak mana yang mahu melakukannya terlebih dahulu (seperti pelajar, pengkritik, ahli akademik, persatuan, istitusi pendidikan dan lain-lainnya) kerana kita kini mempunyai saluran media yang terbuka luas, malah mudah untuk dipelajari dan melaksanakannya.

Ulasan