Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Kriteria yang Perlu Ada pada Penulis

Imej
Di sini disenaraikan beberapa kriteria yang perlu ada pada diri seorang penulis kreatif. Penyenaraian ini adalah satu yang unggul. Mungkin kriteria-kriteria ini hanya separuh ada pada diri seorang penulis kreatif. Namun kriteria utama yang wajib ada pada seorang penulis kreatif ialah mengikut susunan di bawah ini; 1. bakat; 2. pengetahuan, ilmu dan intelektualiti; 3. kesempurnaan pancaindera (boleh melihat, mendengar, membaui, merasa dan mengecap ( taste ); 4. kepelbagaian tabiat seperti sense of humor , sensitif, peka, tabah; 5. kaya dengan pengalaman-pengalaman hidup; 6. jiwa seni yang semula jadi; 7. imaginatif, mudah membayangkan atau mengkhayalkan sesuatu; 8. kemahiran, kepakaran, kreatif; 9. ketahanan fizikal, ketahanan mental, ketahanan psikologi; 10. bermoral, berhemah, berwibawa; 11. bersyukur, ada impian, ada wawasan; 12. jujur dalam berkarya Kriteria yang disenaraikan di sini tidak bermakna hanya sebanyak ini sahaja jumlahnya. Ada banyak lagi kriteria yang perlu ada

Proses Kreatif: antara realiti, imaginasi dan fantasi

Imej
"... imaginasi harus tetap bermula daripada realiti objektif atau kehidupan sebenar atau pengalaman nyata dan ia bukan fantasi. Jadi, antara imaginasi dengan fantasi ternyata memang wujud perbezaan. Fantasi lebih merupakan aktiviti psikologi untuk membayangkan sesuatu yang pernah terlaksana, memimpikan sesuatu yang mustahil berlaku atau kemungkinannya amat tipis dan cair untuk menebal dan mengental atau menjadi. Justeru itu, proses kreativiti dalam dunia penulisan cereka tanpa mengira genre, kerap kali disebut proses imaginatif. Lazimnya pula, proses itu dicerna oleh seseorang pengarang dengan mengambil sumber bahannya bukan daripada fantasi, khayalan, atau lamunan. Sebaliknya, ia diangkat daripada realiti kehidupan yang menjernih dalam diri pengarang. Penjernihan itu pasti sahaja sudah melewati proses penyaringan dan pemendapan yang realiti kehidupannya jelas menyerlah pada pengalaman diri, pengalaman batin, pengalaman bahasa, dan pengalaman estetika pengarangnya."  

Cerpen 'Mat Jenin' oleh Puasha

Imej
 “ORANG kampung panggil kediaku Mat Jenin. Walaupun nama banarku ada, orang kampung tatap jua panggil kediaku Mat Jenin,” kata kawanku ini, kesal dengan nama famous yang digelarkan padanya sekarang. Aku suka berbual dengan kawanku ini apabila tidak ada apa-apa yang mahu kubuat. Petang ini, aku berpeluang lagi mengunjungi kawanku ini, tapi pada kali ini aku dibawa ke bengkel kereta abangnya yang sudah lama ditinggalkan ini, sebab abangnya sudah ada bengkel baru di Tapak Perindustrian Beribi II, maka kawanku ini mengambil alih bengkel kereta abangnya yang sudah lama ditinggalkan ini dengan melebalkannya dengan nama ‘Mat Jenin International’. He he he ha ha ha... aku lalu ketawa besar ketika pertama kali melihat kawanku ini melantak lebal nama bengkelnya ini di depan simpang masuk dari jalan raya kampung kami sebulan yang lalu. Kawanku ini betul-betul gila dan lain dari kawan-kawanku yang lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang-orang kampung kami yang semuanya sudah men