Kriteria yang Perlu Ada pada Penulis

Di sini disenaraikan beberapa kriteria yang perlu ada pada diri seorang penulis kreatif. Penyenaraian ini adalah satu yang unggul. Mungkin kriteria-kriteria ini hanya separuh ada pada diri seorang penulis kreatif. Namun kriteria utama yang wajib ada pada seorang penulis kreatif ialah mengikut susunan di bawah ini;

1. bakat; 2. pengetahuan, ilmu dan intelektualiti; 3. kesempurnaan pancaindera (boleh melihat, mendengar, membaui, merasa dan mengecap (taste); 4. kepelbagaian tabiat seperti sense of humor, sensitif, peka, tabah; 5. kaya dengan pengalaman-pengalaman hidup; 6. jiwa seni yang semula jadi; 7. imaginatif, mudah membayangkan atau mengkhayalkan sesuatu; 8. kemahiran, kepakaran, kreatif; 9. ketahanan fizikal, ketahanan mental, ketahanan psikologi; 10. bermoral, berhemah, berwibawa; 11. bersyukur, ada impian, ada wawasan; 12. jujur dalam berkarya
Kriteria yang disenaraikan di sini tidak bermakna hanya sebanyak ini sahaja jumlahnya. Ada banyak lagi kriteria yang perlu ada pada penulis kreatif yang dimiliki hanya secara peribadi dan yang khas.

[Dipetik dari Dr. Fatimah Busu 2003. Memupuk Bakat & Minat penulisan Kreatif: Teori & Proses. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.: 7-8]

Ulasan