Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Selamat Tinggal Penilaian 'Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP'

Imej
Mungkin ada di antara penulis kita yang sudah lupa bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sehingga kini sudahpun mempunyai empat buah buku Kumpulan Cerpen dan Puisi hasil dari Penilaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP sejak 24 tahun yang lalu, iaitu apabila hadiah tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1989. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka yang penilaian bagi hadiah tersebut telah pergi sejauh ini, dan sekaligus telah mengangkat beberapa nama penulis kita dengan kepelbagaian gaya penulisan yang tentu saja berbeza dengan karya penulis-penulis muda yang ada pada masa sekarang. Sebagai seorang penulis yang pernah melalui zaman tersebut, saya berasa amat berbesar hati untuk memperkatakan perkara ini. Sementara penulis-penulis muda kita kini sudah mula mengangkat pena dengan gaya yang tersendiri, dengan semangat serta bersaing melalui berbagai Peraduan Menulis yang menjanjikan imbalan-imbalan yang cukup menarik sekali. Akan tetapi adakah perkembangan ini dapat memberi manfaat, keu

Penulis dan Tilampung

Imej
"Dalam apa jua bentuk karya sastera, suatu yang bernama hadiah, penghargaan, pujian dan sanjungan hanyalah merupakan sekadar tilampung . Jikalau alam karya sastera itu seperti lopak, sungai dan laut, maka tilampung itu cuma berguna kepada orang yang tidak pandai berenang. Bagi penulis yang pandai berenang apatah lagi yang pandai meniti buyah atau yang sudah sampai ke seberang atau ke tambing - maka yang namanya tilampung sudah kehilangan makna." [Petikan dari Penilaian Panel Hakim Sajak, Hadiah Kreatif Bahana 1994]

penulis + semangat nasionalisme = survival bangsa

Imej
nasionalisme adalah pemikiran, sikap dan perasaan rakyat (dan kita sebagai penulis) bagi menyatakan keterikatan hubungan emosional dengan bangsa dan negaranya, disertai usaha dan harapan agar negara bangsa kita terus berdaulat dan terhormat martabatnya. jadi kita  perlulah memiliki rasa cinta dan bangga yang mendalam sebagai rakyat di negara ini.  sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman luar dan dalam. inilah faktor penting yang menjadi tunggak kewujudan, survival, dan yang membangkitkan kesetiaan kepada negara bangsa

Kewajaran pemberian anugerah pengiktirafan kepada sasterawan tempatan.

Imej
Memandangkan peranan sastera itu dalam membangun negara adalah sama pentingnya dengan bidang-bidang yang lain, golongan penulis sebagai anggota dalam masyarakat juga terlibat sama bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam setiap tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamanya tetapi dalam banyak hal mereka juga menjadi penjana dan pemimpin pemikiran masyarakatnya. Melalui hasil penulisan dan karya sastera penulisan dan karya sastera dapat menyumbang pada memajukan dan penguasaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang sekali gus dapat memperkaya khazanah persuratan dan ilmu Bahasa Melayu. Melalui penulisan dan karya sastera yang bermutu dan mempunyai nilai intelek juga, dapat membantu kepada pencapaian wawasan negara dengan membawa masyarakat sama-sama berfikir dan melihat maju ke hadapan untuk bangun dan mendukung hasrat kerajaan dan negara untuk menjadi bangsa dan negara yang maju. Melalui hasil karya saster

one day i wrote about you, and in the end i was tired

Imej

Cetera Merdeka

Imej
[...] Sesekali kudengar gelak ketawa anak-anak muda di pondok taman ini. Mereka semuanya menghadap ke muara sungai yang kulihat mengalir lesu. Aku juga seakan melihat, jauh di hulu, anak sungai lebih deras alirnya. Lebih menderu tatkala mencelah di batu-batu karang yang melintangi arusnya. Jauh berbeza di sini, sampah hanyut di alurnya dan terdampar ke tepi tebing taman. Aku tidak tahu sampah ini hanyut dari mana dan ke mana. Ia telah mencemarkan keindahan taman. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Anak-anak muda di pondok taman mula berterial. Sudah agak lama juga tanah air kita ini mencapai kemerdekaan. Apakah ertinya kemerdekaan bagi mereka. Sebaiknya aku tinggalkan saja taman ini. Sementara kawan yang kutunggu belum juga muncul. Barangkali aku bukanlah seorang yang boleh bersabar dan menunggu begitu lama daripada janji yang telah kami tetapkan bersama. Ada pondok telefon telah disediakan di pintu masuk taman ini, aku menuju ke sana. Anak-anak muda di pondok taman kulihat mula meny

Dari 'Menyulam Kasih' ke 'Selamat Harijadi Mona'.

Imej
Skrip Drama Khas TV 'Selamat Hari Jadi Mona' (2012) adalah skrip terakhir yang pernah saya tulis atas permintaan dan diterbitkan bersama oleh Radio Televisyen Brunei dan Biro Mencegah Rasuah. Saya rasa ini adalah skrip drama TV yang terbaik yang pernah saya hasilkan sejak Drama Khas TV MoU RTB-MediaCorp TV/Suria Singapura 'Menyulam Kasih' (2002). Ini bermakna sudah kira-kira 10 tahun saya melibatkan diri dalam penulisan skrip drama tv, dan ternyata kerjasama dari semua pihak; baik penerbit, pengarah, pelakon, dan kakitangan produksi yang terlibat telah memberikan pengalaman dan satu harapan yang sangat berguna untuk saya menghasilkan skrip yang lebih baik dari ini.

Pantun: menurut pengertian kamus Nusantara dan Barat

Imej
puisi lama Melayu yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap, yg dua baris pertamanya merupakan pembayang maksud (sampiran) dan dua baris keduanya sbg penerang maksud atau isi pantun: berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut-sambutan; 2 ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3 ark sbg jawapan kpd tuduhan dsb; ~ berkait pantun berkait; ~ berkait pantun yg terdiri drpd beberapa rangkap yg kait-mengait atau sambung-menyambung, mis baris (larik) kedua dan keempat dlm bait pertama diulang semula pd baris-baris pertama dan ketiga dlm bait yg berikutnya; ~ kilat pantun yg hanya terdiri drpd dua baris, bersajak a-a, dan masing-masing merupakan pembayang maksud dan isi; karmina; ~ rantai pantun berkait; [Dipetik dari Kamus Bahasa Melayu Nusantara . Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2003. hlm 1981] A verse form of Malayan origin. A poem of no determinate lenght, composed of quatrains (q.v.) with internal assonance (q.v.) and rhyming abab. The sec

cerita + moral

Imej
Sejak awal mengikuti cerita yang ditulis oleh Putera Katak Brunei melalui Status facebooknya, saya baru mula memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah 'parable'; justeru buku ini menarik perhatian saya kerana ia mengandungi 'cerita-pendek-pendek' yang sangat mudah untuk diertikan oleh pembacanya. Parable itu sebenarnya berkait rapat dengan cerita atau kisah pendek yang ringkas yang terkandung di dalamnya unsur-unsur 'allegory' dan 'fable' yang memaparkan permasalahan dan moral wataknya (= kita sebagai manusia biasa).

Setiap penulis jangan lakukan 15 perkara ini

Ada 15 perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap penulis, terutama bagi mereka yang bergantung hidup dengan dunia penulisan. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila berkunjung ke  http://www.writersdigest.com/editor-blogs/there-are-no-rules/15-things-a-writer-should-never-do

South East Asia Writers Award

Sejak tahun 1986, Brunei Darussalam kini telah memiliki 27 orang penulis sebagai penerima  South East Asia Writers Award . Untuk maklumat lengkap, sila berkunjung ke  http://seawrite.com/?page_id=23

PENULIS dan PLAGIARISME

Plagiarisme bukan sekadar kecurian seni kata-kata, ia juga tuntutan palsu oleh plagiator tersebut  http://www.nytimes.com/2013/04/28/books/review/nice-poem-ill-take-it.html?ref=books&_r=0

na-tion-al-is-m

na-tion-al-is-m / 1. love of and pride in one's own country, esp. beliveing it to be better than any other country / 2. desire by a NATIONALITY (2) to form an independent country na-tion-al-ist / beliveing in NATIONALISM

Bedil: khazanah ristaan Brunei silam

Imej
Penyusun: Pudarno Binchin, Puasa Kamis  dan Haji Muhd Shahrin Abdullah Penerbit: Jabatan Muzium Brunei Tahun Terbitan: 2012 Muka Surat: 146p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-30-49-4 Buku ini adalah merupakan sebuah kumpulan artikel yang telah dikutip daripada beberapa buah penerbitan yang terdahulu, berserta dengan sejumlah artikel baru seperti berikut; 1. An Introduction to Bedil: the traditional Brunei Cannons oleh Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos 2. Brunei Cannon oleh P. M. Shariffuddin 3. Brunei Cannon: their role in Southeast Asia (1400-1900AD) oleh Tom Harrisson 4. Brunei Brass: the traditional method of casting oleh J. S. Lim dan P. M. Shariffuddin 5. Bentuk Tumbuh-Tumbuhan dalam Lorekan Perusahaan Tembaga Tradisi oleh Bantong Antaran 6.Brunei Cannon: Functions and Symbolism oleh Muhammad Zharif bin Haji Sabli 7. Bedil Brunei: warisan budaya masyarakat Negara Brunei Darussalam oleh Dayangku Norazah binti Pengiran Ha

Karya terbaru dalam [Karya Terkini]

Imej
Karya saya hampir tidak lagi kelihatan di mana-mana penerbitan, majalah dan surat khabar khususnya; ini tidak bermakna saya tidak lagi menulis dan melahirkan karya terbaru. Bagi anda yang masih ingin melihat dan baca hasil penulisan saya (puisi atau cerpen) bolehlah berkunjung di weblog ini pada bila-bila masa.  Sila klik untuk mengikutinya di http://www.puasha.com/p/karya-terbaharu.html

Baca Puisi Merdeka 2013

Imej
KringggGGG.... pagi tadi saya menerima satu panggilan telefon yang meminta agar saya hadir di acara Baca Puisi Merdeka pada Malam Hari Sabtu 09hb. Mac 2013 di Pesta Buku Brunei 2013 ini nanti. Saya tidak pasti sama ada akan hadir atau tidak; kalau saya hadir - tidak tahulah sama ada saya cuma mahu menjadi pendengar atau turut baca puisi juga; kalau saya turut baca puisi - adakah patut saya baca puisi saya sendiri atau baca puisi orang (penulis) lain (yang lebih mapan dan terkenal)sahaja!!!

Selamat Ulangtahun Hari Kebangsaan Ke 29

Imej
Kini negara kita telahpun mencapai usia yang ke 29 tahun menyambut hari kemerdekaannya, dan saya mewakili semua penulis di negara ini berharap andainya pemikiran kita bebas dari penjajahan maka semuanya akan berjalan dengan lancar; dan sebagai penulis kita juga perlu tahu menanai tanggungjawab sebagai warganegara yang mempunyai pemikiran yang bebas dan bernas untuk berkarya dan bekerja demi nusa, bangsa, dan agamanya.

Pesta Buku Brunei 2013

Imej
Hari ini saya telah menerima satu undangan ke Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei 2013 yang akan berlangsung pada Hari Khamis 28hb. Februari 2013 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.  Khabarnya, di sempena majlis tersebut akan selajurkan juga dengan Pelancaran Buku-Buku Terbaharu terbitan DBP, serta penyampaian buku-Buku terbaharu tersebut kepada penulis-penulisnya. Apa yang sangat menarik bagi saya pada pesta buku Brunei pada tahun ini ialah Penyampaian Hadiah Buku Terlaris 2012.  Nah, bagi penulis yang rasanya akan menang dan bukunya dicetak lebih dari 500 naskah pada tahun lepas, memang ada peluanglah untuk menerima penghargaan ini. Dan, saya harap awda (para penulis, pembaca) semua bersedialah dari sekarang untuk datang beramai-ramai ke Pesta Buku Brunei 2013 itu nanti.

Penulis dan Penerbit

Imej
Saya masih menantikan tiga buah manuskrip  tulisan saya yang telah saya hantar ke badan penerbit yang kelihatannya memang bersungguh-sungguh ingin menaikkan taraf sastera kita di negara ini kepada satu tahap yang boleh dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat kita di negara ini, akan tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum dapat mengetahui perkhabarannya. Manuskrip pertama saya yang berupa kumpulan cerpen dan puisi kanak-kanak yang berjudul 'Kisah Di Sebuah Halaman' yang saya hantar bagi tujuan penerbitan sehingga kini masih belum dapat melihat keberhasilannya, sebaliknya manuskrip tersebut telah dihantar untuk menyertai  The Scholastic Asian Book Award (SABA) 2012  yang lalu tanpa persediaan dan perancangan yang boleh membantu ianya dipilih untuk mendapat tempat di hati para juri yang menghakimi peraduan tersebut. Kedua ialah kumpulan drama tv yang berjudul 'Amanat' yang mengumpulkan sebanyak empat buah skrip drama khas televisyen, dan manuskrip yang