Penulis dan Penerbit

Saya masih menantikan tiga buah manuskrip  tulisan saya yang telah saya hantar ke badan penerbit yang kelihatannya memang bersungguh-sungguh ingin menaikkan taraf sastera kita di negara ini kepada satu tahap yang boleh dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat kita di negara ini, akan tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum dapat mengetahui perkhabarannya.

Manuskrip pertama saya yang berupa kumpulan cerpen dan puisi kanak-kanak yang berjudul 'Kisah Di Sebuah Halaman' yang saya hantar bagi tujuan penerbitan sehingga kini masih belum dapat melihat keberhasilannya, sebaliknya manuskrip tersebut telah dihantar untuk menyertai The Scholastic Asian Book Award (SABA) 2012 yang lalu tanpa persediaan dan perancangan yang boleh membantu ianya dipilih untuk mendapat tempat di hati para juri yang menghakimi peraduan tersebut.

Kedua ialah kumpulan drama tv yang berjudul 'Amanat' yang mengumpulkan sebanyak empat buah skrip drama khas televisyen, dan manuskrip yang ketiga ialah kumpulan puisi yang berjudul 'Sandiwara' yang mengandungi lebih kurang 124 buah sajak yang saya hasilkan lebih dua puluh tahun yang lalu; sehingga sekarang ketiga-tiganya masih berlegar-legar menanti jawaban yang belum dapat dipastikan. 

Apakah kita sebagai penulis harus menunggu lama dan berkarya tanpa 'erti dan makna' yang memanusiawi hidup kita sebagai seorang manusia yang bergelar penulis; dan penerbit karya sastera kita di negara ini harus tahu menimbangtara dan tahu akan jawabannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini