Pesta Buku Brunei 2013

Hari ini saya telah menerima satu undangan ke Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei 2013 yang akan berlangsung pada Hari Khamis 28hb. Februari 2013 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. 

Khabarnya, di sempena majlis tersebut akan selajurkan juga dengan Pelancaran Buku-Buku Terbaharu terbitan DBP, serta penyampaian buku-Buku terbaharu tersebut kepada penulis-penulisnya. Apa yang sangat menarik bagi saya pada pesta buku Brunei pada tahun ini ialah Penyampaian Hadiah Buku Terlaris 2012. 

Nah, bagi penulis yang rasanya akan menang dan bukunya dicetak lebih dari 500 naskah pada tahun lepas, memang ada peluanglah untuk menerima penghargaan ini. Dan, saya harap awda (para penulis, pembaca) semua bersedialah dari sekarang untuk datang beramai-ramai ke Pesta Buku Brunei 2013 itu nanti.

Ulasan